728*90

61 kes Covid-19, Dua(2) Kampung Di Kluang Dikenakan Enhanced Movement Control Order

ismail sabri menteri pertahanan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan COVID-19 di Daerah Kluang, Johor. Daripada jumlah itu, sebanyak 61 kes adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

banner

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

  • –  Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPDdikuatkuasakan.
  • –  Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk kekedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
  • –  Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
  • –  Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkankepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • –  Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.
  • –  Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
  • –  Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Berikut adalah

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN) MENGENAI
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Lihat Juga :   Satu lagi kematian yang berkaitan dengan Sri Petaling menjadikan jumlah kematian Covid-19 kepada 4 orang

covid 19 kluang johor

Hits: 90

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply