Gadis Berbadan Kecil berjaya habiskan 61 mangkuk makanan

BANGKOK – Seorang gadis Taiwan yang tular kerana makan sepinggan nasi seberat 3 kilogram (kg) pada bulan lalu sekali lagi menarik perhatian netizen apabila menghabiskan 61 mangkuk makanan di sebuah restoran mi di daerah Phya Thai, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Sebelum mengunjungi restoran mi Kuay Tiew Ruathong, pesohor media sosial itu memakan sepinggan spageti, sepinggan kerepek dan pencuci mulut di sebuah kafe lain.

Penggemar makanan itu kemudian memesan beberapa mangkuk pelbagai jenis mi termasuk mi bot dan mi yentafo.

Menerusi video yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, gadis itu kelihatan menikmati setiap suapan hidangan di restoran berkenaan.

Disebabkan masih lapar, dia memesan 20 mangkuk Khanom Thuai iaitu sejenis pencuci mulut Thailand lalu menghabiskannya. 

Hidangan itu masih tidak cukup, lantas dia memesan lebih banyak makanan sehingga 61 mangkuk hidangan yang dihabiskan tersusun tinggi di atas meja.

Bulan lepas, gadis itu berjaya menghabiskan 2 kg nasi dan 1 kg ayam rebus dalam masa 35 minit di restoran Sri Leug Pochana. Dia menjadi pemenang ke-37 sejak cabaran itu dilancarkan sekitar 10 tahun lalu. – Agensi

Sumber : kosmo

About Author

Lihat Juga :   Pemegang Pas My50 Mendapat Tambahan 30 Hari Secara Percuma

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!