Google Akan Membenarkan Pengguna Untuk Arkib Apps Android Tidak Lama

android-archive-apps

Jika anda mendapati diri anda kehabisan ruang storan dalam smatphone anda, anda mungkin perlu delete beberapa apps yang jarang anda guna atau tidak penting. 

Berita gembira bagi mereka yang tidak suka delete apps yang telah di install, Google telah mengumumkan bahawa tidak lama lagi pengguna Android akan dapat mengarkibkan apps yang telah dinstall tanpa perlu memadamkannya.

Menurut Google, kaedah ini akan membantu anda menjimatkan 60% storan apps. Menurut Google, “Mengarkib ialah fungsi baharu yang membolehkan pengguna menuntut semula ~60% storan apps buat sementara waktu dengan mengalih keluar bahagian apps dan bukannya delete sepenuhnya. Apps yang diarkibkan akan kekal pada peranti dan boleh dipulihkan dengan mudah kepada versi terkini yang tersedia, sambil mengekalkan data pengguna.”

Dari satu segi, ini serupa dengan cara platform iOS Apple mengendalikan aplikasi yang tidak digunakan dengan kerap. Daripada memadamkan apl, iOS melakukan perkara yang sama apabila ia diarkibkan. Ikon apps dan data kekal, jadi apabila pengguna mahu menggunakannya semula, mereka hanya boleh mengetik padanya dan ia akan memuat turun data yang selebihnya.

Sumber: android-developers.googleblog

About Author

Lihat Juga :   Berakhirnya era apabila McDonald's Rusia dibuka semula dengan nama baharu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!