GOOGLE MENGELUARKAN VERSI PERTAMA ANDROID 13

Google baru sahaja mengeluarkan developer preview bagi versi terbaru Android 13. Jadi, pemilik Pixel 4, Pixel 4 XL, Pixel 4a, Pixel 5, Pixel 5a, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang ingin mencuba Tiramisu (nama bagi Android 13) boleh berbuat demikian dengan melayari website develepor android, tetapi perlu diingatkan bahawa version awal ini sudah pastinya akan mempunyai banyak masalah dan tidak stabil.

CIRI-CIRI BARU ANDROID 13

Ciri baharu sepenuhnay yang dapat kita lihat dalam versi akhir nanti, jadi buat masa ini, version develepor yan membolehkan pembangun-pembangun apps (apps develepor) mula menguji Android 13 dan menaiktaraf apps mereka bagi membolehkan di support oleh Android 13.

   

Themed icons  untuk Third-party Apps

Bermula dengan Android 12, Google memperkenalkan sokongan untuk themed icons. Walau bagaimanapun, ia terhad hanya kepada apps Google sahaja. Dengan Android 13, Google menyediakan themed icons warna dinamik untuk semua ikon apps. Pembangun apps akan dikehendaki menggunakan monochromatic app icon dan mengemas kini adaptive icon XML untuk memasukkan sokongan ikon apps bertema pada apps mereka. Google mengatakan themed third-party icons akan mula tiba pada telefon Pixel dan ia bekerjasama dengan OEM peranti untuk membawa ciri ini ke custom skins mereka.

Tap Pantas untuk Enable Lampu Suluh (Flashlight)

Tap dua kali ialah salah satu ciri Android 12. Dalam Android 12, anda boleh menggunakan gerak isyarat tap dua kali untuk membuka Assistant, mengambil screanshot, mengawal media playback, membuka apps switcher terbaharu dan menyemak notifications. Kali ini, Google telah membuat penambahan berguna pada ciri dengan pilihan untuk lampu suluh. Anda boleh tap dua kali bahagian belakang telefon anda untuk enable atau disable lampu suluh. Ini sudah pasti ciri mudah ini akan disukai pengguna, terutamanya bagi mereka yang sering menggunakan lampu suluh telefon mereka.

Lihat Juga :   Google Lancarkan Nearby Share Untuk Android.

Akses Lebih Pantas kepada Pengimbasan Kod QR

Ekoran daripada pendemik covid19, kita telah menyaksikan penggunaan kod QR secara meluas. Bermula daripada pendaftaran mysejahtera, pembayaran melalui ewallet dan sebagainya. Pengguna kod QR ini sudah mula digunakan ramai orang termasuk warga emas. Android 13 akan membenarkan anda mengakses QR code scanner terus dari skrin telefon anda walapun semasa skrin ‘locked’. Selain itu, anda juga akan mendapat petak Quick Settings  untuk mengakses pengimbas kod QR. Dalam developer preview pertama Android 13, Google telah menambahkan petak Quick Settings QR code scanner, tetapi ia tidak berfungsi sekarang.

Pemilih Output Audio Direka Semula

Dalam perubahan visual yang ketara, Google sedang mereka bentuk semula media output picker dalam Android 13. output picker, tidak boleh dikelirukan dengan expanded volume bar, membolehkan anda bertukar antara peranti output yang tersedia seperti fon kepala Bluetooth atau pembesar suara telefon.

Pemilih Foto Baharu

android 13

Dalam usaha untuk menyatukan pengalaman file picker dan melindungi privasi pengguna, Google menambah system photo picker baharu dengan Android 13. Membina Android’s document picker yang berkongsi dokumen tertentu dengan apps tanpa memberikan apps akses kepada semua fail media pada peranti, photo picker API memudahkan apps mengakses imej dan video yang dikongsi dengan cekap. Tambahan pula, Google merancang untuk membawa photo picker baharu ke Android 11 dan lebih tinggi melalui kemas kini sistem Google Play.

 

Banyak lagi features baru Android 13 ini, semuanya dapat kita lihat apabila final version Android 13 akan dipasarkan. Ianya dijangka pada Oktober 2022. 

Lihat Juga :   TV ini membolehkan anda menjilat (dan merasa) apa yang anda lihat pada skrin

Sumber : Develepor Android

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!