Google telah mula melancarkan kemas kini baharu untuk Google Play Store versi 35.5.14 untuk peranti Android. Kemas kini terbaharu ini membawa naiktaraf umum untuk meningkatkan kestabilan dan kebolehgunaan apps. Walaupun tiada ciri atau perubahan baharu diumumkan, ia bertujuan untuk memberikan pengguna pengalaman yang lebih baik dan bebas ‘bug’.
Saiz pakej kemas kini ialah 21.22 MB dan kini tersedia untuk peranti yang menggunakan Android 13 atau versi yang lebih rendah. Melaporkan daripada Gizmochina (4/5), aplikasi ini akan dipasang secara automatik dan jika pengguna masih mahu memasangnya secara manual, maka mereka boleh memuat turunnya dari sini.
Selain itu, Google mengeluarkan kumpulan Play Update April 2023 yang lalu pada minggu lepas. Sesi Play Update baharu mendayakan beberapa penyesuaian baharu untuk Gedung Google Play. Proses pemasangan kini lebih stabil apabila memuat turun sebarang apl atau permainan pihak ketiga melalui rangkaian Wi-Fi. Selain itu, kemas kini ini membawa pilihan untuk memuat turun aplikasi melalui rangkaian selular sementara menunggu Wi-Fi.

Kemas kini terbaharu juga termasuk ciri baharu untuk membantu pengguna mencari apps dan permainan yang mereka gemari, pengoptimuman untuk muat turun dan pemasangan yang lebih pantas dan lebih dipercayai serta penambahbaikan berterusan pada Play Protect untuk memastikan peranti selamat. Selain itu, terdapat pelbagai pengoptimuman prestasi, pembetulan pepijat, keselamatan, kestabilan dan peningkatan kebolehaksesan.