Honor bakal perkenal Magic5 Pro

KUALA LUMPUR: Menjelang pelancaran telefon pintar mercu tanda baharu HONOR di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, HONOR Malaysia bakal melancarkan program Kongsi Pengalaman Anda & Menang.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, ia bagi membolehkan pengguna mencuba HONOR Magic5 Pro dan mengajak mereka mengambil bahagian memberi ulasan eksklusif untuk menilai HONOR Magic5 Pro yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

“Pengalaman ini memberi peluang kepada HONOR Experiencers memahami proses perkembangan produk serta mencuba sistem Magic OS 7.0 baharu,” katanya.

Program Kongsi Pengalaman Anda & Menang HONOR terbuka kepada semua penggemar fotografi telefon pintar dan gemar berkongsi foto di media sosial.

Permohonan menjadi HONOR Experiencers akan ditutup pada 23 Februari 2023 dan program akan bermula pada 28 Februari hingga 24 April 2023.

“Peserta berpeluang mencuba dari segi penggunaan kamera, skrin, daya tahan bateri, sistem operasi dan prestasi.

“HONOR Experiencers terpilih dikehendaki menyiapkan tugasan mingguan dengan memuat naik pengalaman ‘magikal’ mereka di sosial media. Seramai 30 HONOR Experiencers dengan markah tertinggi pada akhir program akan memenangi seunit HONOR Magic5 Pro, selain turut berpeluang dipilih sebagai jurucakap kempen.

Kepada semua pengguna tegar telefon pintar di luar sana, sertai ‘unleash

the power of magic’ di pautan:¬†https://bit.ly/RegisterHONORShareYourExperienceNWin¬†HONOR menumpu terhadap nilai berpusatkan pengguna.

Siri HONOR Magic5 bakal dilancarkan di MWC 2023 Barcelona MWC yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol adalah kongres gajet terbesar di dunia.

Di situ, jenama gajet seluruh dunia mengintai peluang untuk melancarkan peranti Flagship terbaharu masing-masing, dan HONOR juga enggan ketinggalan menyertai acara MWC tahun ini.

HONOR berkata, sebagai antara jenama teknologi termaju dunia, ia sentiasa komited dengan usaha tanpa lelah mengejar kemajuan dalam bidang kajian dan pembangunan bagi menghasilkan teknologi inovatif untuk telefon pintarnya.

Lihat Juga :   Xiaomi 12S Ultra Kini Rasmi Dilancarkan: Mempunyai Kamera Leica yang Besar di Belakangnya

“Siri Magic menjadi contoh penemuan terbesar HONOR dalam teknologi masa hadapan dan memenuhi permintaan tinggi pengguna yang mahukan inovasi teknologi yang lebih baik.

“Susulan kejayaan HONOR Magic4 Pro tahun lalu selain menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia, HONOR bakal melancarkan Siri HONOR Magic5 di MWC Barcelona 2023 dengan menampilkan model terbaharu rekaan HONOR,” katanya.

Dalam usaha menghasilkan telefon pintar yang lebih berkualiti, Siri HONOR Magic5 akan menampilkan beberapa ciri yang bakal menguji had inovasi peneraju industri semasa, menjadikan pelancaran berkenaan dinanti-nantikan untuk tahun ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *