i-Citra ada pakej bayaran kepada pemohon yang berjaya dan akan menerima RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Tujuan i-Citra di Perkenalkan
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Siapakah ahli yang layak memohon i-Citra ini. ?
-
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
-
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
Amaun Yang Layak DiKeluarkan
-
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
-
Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
-
Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
-
Bayaran minimum adalah RM50
-
Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
-
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:
-
Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
-
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
-
Media sosial rasmi KWSP
-
Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848