JAKARTA: Indonesia kaya dengan `khazanah’ sumber galian emas yang kebanyakannya ditemukan di wilayah nusa tenggara di negara itu.
Salah satunya ditemukan di perlombongan Onto yang terletak di kawasan Hu’u di daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat.
Lapor portal CNBC Indonesia, hasil galian emas berjumlah kira-kira dua bilion tan ditemukan di kawasan tersebut.
Sumber galian emas itu ditemukan oleh syarikat perlombongan yang dikenali sebagai PT Sumbawa Timur Mining (PT STM).
Dilaporkan, PT STM mempunyai kontrak di perlombongan Onto sejak tahun 1998, yang bermakna syarikat itu menjalankan kerja-kerja meneroka selama 24 tahun.
Pengarah STM, Bede Evans berkata, potensi sumber mineral ditemukan di perlombongan Onto merupakan sebahagian Projek Hu’u yang dimiliki oleh PT STM.
Sumber : utusan