iPad Air 5 (2022): Semua yang anda perlu ketahui

ipad air 5 2022

Pada acara media ‘Prestasi Puncak’ Mac 2022, Apple melancarkan iPad Air serba baharu iaitu iPad Air 5 2022. Inilah semua yang anda perlu tahu mengenainya.

Dikuasakan oleh cip M1

Apa yang dijangkan oleh para pemerhati dan peminat apple adalah iPad Air 5 akan menggunakan cip A15 Bionic yang mana cip ini juga digunakan dalam iPhone 13 dan iPad mini 6. Tetapi Apple berjaya membuat kejutan yang habat dengan memperkenalkan iPad Air 5 yang menggunakan cip M1.

Apple menyatakan bahawa perpindahan ke M1 mampu memberi peningkatan 60% dalam prestasi CPU dengan dua kali ganda prestasi grafik.

Cip, yang pertama kali diperkenalkan pada model Mac 2020 adalah sangat berkuasa dan sangat cekap. Ini adalah sesuatu yang agak menarik untuk dilihat, kerana tidak mustahil untuk pengguna iPad Pro  berpotensi beralih kepada iPad Air memandangkan cip terbaik ini kini berada dalam iPad peringkat pertengahan.

Ini sekali gus memberi tanda tanya tentang bagaimana iPad Pro akan datang seterusnya. Sudah tentu ianya akan menjadi lebih hebat dan berkuasa. Adakah iPad Pro berkuasa M2? Sama-sama kita nantikan. 

Featuring Center Stage

Centre Stage ialah salah satu ciri iPad yang paling menarik yang telah dilancarkan pada tahun 2021, jadi sangat menggembirakan untuk melihatnya ciri tersebut ada pada iPad Air untuk kali ini.

Menggunakan gabungan kecerdasan perisian machine learning dan perkakasan 12MP Ultra Wide camera, Centre Stage memastikan anda dan sesiapa sahaja bersama anda, berada dalam frame pada panggilan video anda. Hasilnya ialah pelarasan automatik yang lancar yang memastikan anda sentiasa dirakam walaupun semasa anda bergerak. Ia berfungsi dengan FaceTime dan beberapa aplikasi panggilan video pihak ketiga (3rd party apps).

Lihat Juga :   Chrome : Macam Mana Clear cache & Cookies

Kamera belakang kekal dengan 12MP, walaupun ia kini membenarkan rakaman video HD 1080p pada 25 fps dan 30 fps sebagai tambahan kepada 60 fps sebelumnya. 

5G connectivity

Satu lagi ciri yang iPad Air baru ada ianya mempunyai 5G connectivity dalam model selular. Tahun 2021, kita dapat melihat yang iPad Pro dan iPad mini 6 telah mendapat 5G conectivity. 

Penambahbaikan USB-C

Walaupun iPad Air telah menambah USB-C dalam iPad Air 4, port USB-C dalam iPad Air 2022 kini adalah dua kali lebih pantas.

Ini bermakna pemindahan data sehingga 10Gbps yang akan membolehkan kerja-kerja seperti mengimport foto atau video besar adalah lebih cepat. Port boleh disambungkan kepada pelbagai jenis alat USB-C termasuk kamera, storan luaran, iPad USB-C hubs dan external display dengan resolusi sehingga 6K.

Saiz yang sama

Walaupun mendapat peningkatan dalaman yang ketara, iPad Air 5 mengekalkan faktor bentuk asas yang sama seperti model gen sebelumnya. Itu termasuk saiz 10.9-inci dan paparan Retina yang sama — tiada peningkatan OLED untuk iPad lagi! — serta pembesar suara stereo landskap, dan Touch ID top button.

Kesinambungan saiz juga bermakna ia masih menyokong aksesori seperti Magic Keyboard dan Apple Pencil.

Touch ID

Walaupun sesetengah pihak mahukan Face ID untuk membuat laluan ke iPad Air kali ini, nampaknya kita perlu menunggu lebih lama untuk itu. Sistem Touch ID berasaskan butang yang sama masih digunakan dengan iPad Air 5 mengekalkannya pada tahap yang sama dengan iPad mini 6.

Lihat Juga :   6 Tablet Untuk Guru Bagi Kelas Online

Warna baru

 

Walaupun reka bentuknya tidak berubah secara asas, iPad Air generasi kelima menampilkan rangkaian warna baharu yang merangkumi ungu, biru, merah jambu, starlight, dan space gray. Warna biru serba baharu itu amat menakjubkan.

Harga yang sama

Harga permulaan untuk iPad Air 5 ialah $599 — itu sama dengan model gen sebelumnya. Ianya bergantung kepada spesifikasi yang dikehendaki oleh pelanggan. 

Kapasiti storan

Kapasiti storan juga kekal sama, pada 64GB dan 256GB.

Tarikh keluaran

Pre-order iPad Air 5 dibuka pada hari Jumaat, 11 Mac, dengan penghantaran unit mulai 18 Mac.

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!