Jun 22, 2021
irondome israel

Israel Perkenal Iron Dome SuperHero

Mengambil kesempatan atas tumpuan dunia yang diberikan kepada negara mereka berikutan krisis dengan Palestin, Israel telah memperkenalkan Iron Dome sebagai adiwira kebanggaan mereka.Menerusi foto yang tular di media sosial, kelihatan adiwira tersebut  seorang lelaki memakai sut berwarna putih perak dan biru selain mempunyai lambang Israel di tengah badannya.

Dikecam Hebat

Namun begitu, di sebalik kebanggaan Israel, Iron Dome ini dikecam hebat oleh pengguna laman Twitter seluruh dunia. Manakan tidak, adiwira yang sinonim dengan sikapnya yang sering membantu orang di dalam kesusahan telah dikaitkan dengan situasi kini berikutan pergolakan Israel dan Palestin yang meragut banyak nyawa yang tidak bersalah.

Malah, poster asal Iron Dome turut disunting dengan gambaran sebenar yang terjadi di Palestin. Dengan kemunculan adiwira tersebut, segelintir netizen tidak menolak ia juga merupakan salah satu propaganda Israel untuk sekali lagi menarik perhatian dunia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: