Julai 30, 2021
daftar untuk jadi grabfood dan grabexpress rider

Jana Pendapatan Dengan GrabFood & GrabExpress Rider

GrabTaxi Holdings Pte. Ltd. (dikenali sebagai Grab) ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara MalaysiaIndonesiaFilipinaVietnamThailandMyanmar, dan Kemboja. Walaupun pada asalnya bersaing dengan Uber, pengambilan Grab untuk operasi Asia Tenggara Uber pada Mac 2018 telah menjadikannya satu-satunya perkhidmatan perkongsian utama di rantau ini.

Pada tahun 2016, Grab membuka pusat pembangunan dan pejabat utama baru di Seattle untuk berkhidmat sebagai hab teknologi untuk menarik bakat di Amerika Syarikat.[

daftar sebagai grabfood & grab express rider

GrabFood & GrabExpress

Grab bukan sahaja menawarkan perkhidmatan mengambil dan penghantaran penumpang tetapi juga menyediakan perkhidmatan peghantaran makanan (GrabFood) dan penghantaran barang (GrabExpress).

buat duit dengan grabexpress rider

Jika anda berminat untuk menyertai rangkaian terbesar E-Hailing Grab boleh berdaftar secara dalam talian https://www.grab.com/my/driver/delivery-partner/ atau boleh berdaftar dengan mana-mana egen yang telah dilantik oleh pihak grab. Grab Authorized Alpha Driver

daftar untuk jadi grabfood dan grabexpress rider

Faedah Menjadi Penghantar Grab

Jana lebih pendapatan

Dapatkan bayaran dengan kadar kompetitif yang tinggi apabila anda berjaya menghantar ke ramai pelanggan.

Hantar bila anda mahu

Anda sendiri yang akan menentukan jadual kerja setiap hari walaupun ia hanya satu jam mahupun sehari.

Dibayar setiap hari

Anda hantar, anda dapat. Anda juga boleh menukarkan bayaran dari Grab kepada tunai setiap hari.

Berpeluang Mendapat Faedah Esklusif

  • Caruman SOCSO (PERKESO)
  • Rebat Petrol Percuma (Shell & Petronas)
  • Baucar Membeli Belah Dalam Talian

Baucar membeli belah dalam talian dan banyak lagi akan dipamerkan di dalam aplikasi Grab Driver apabila anda telah berstatus aktif sebgai penghantar atau pemandu.

Daftar dengan Langkah Mudah

Langkah 1: Isi butiran anda di laman web ini selengkapnya. Untuk mendaftar klik di sini.

Langkah 2: Wakil syarikat akan menghubungi anda sejurus anda mendaftar dan menerangkan segala proses pendaftaran.

Langkah 3: Setelah akaun anda diaktifkan, anda boleh mengambil kit barangan GrabFood seperti bag di Grab Driver Center, Jaya One, Petaling Jaya.

Syarat Kelayakan

Lesen

Memiliki Lesen B, B1, B2. (Pemandu wajib mempunyai Lesen Motorsikal berstatus P atau Kompetan)

Umur

Berumur “18” tahun hingga “69” tahun sahaja

Motorsikal

Semua jenis motorsikal

Telefon Pintar

Telefon pintar yang dapat berfungsi dengan baik ( Platform iOS atau Android ) dan mempunyai sambungan internet yang stabil.

Soalan Lazim

  • Telefon pintar yang dapat berfungsi dengan baik samada platform IOS atau Android bersama sambungan internet yang stabil
  • Umur 18 Keatas. Bagi rider yang berumur 50 keatas anda dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan.
  • Warnanegara yang mempunyai MyKad Biru
  • Mempunyai kenderaan motorsikal dan mempunya lesen P atau Kompetan sahaja (L tidak diterima)
  • Insuran covernote kenderaan mestilah ada tertulis ‘ALL RIDER

Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai Grab Rider?

  • Daftar di laman web ini pada bahagian atas halaman. Atau klik di sini.
  • Wakil syarikat akan menghubungi anda untuk membantu melengkapkan pendaftaran anda.
  • Selesaikan latihan online dan ambil kit seperti bag di Grab Driver Center, Jaya One , Petaling Jaya Selangor.

Jika anda pernah mendaftar sebarang e-hailing dengan Grab. Anda perlu terus ke Grab HQ di Menara Axis, Petaling Jaya .

Adakah saya boleh mendaftar jika pernah menjadi pemandu Uber?

Jika anda pernah mendaftar pemandu uber? Maka anda tidak perlu mendaftar sebagai pemandu grab kerana anda akan diserapkan ke dalam grab sebelum 8 april ini, sila rujuk email yang di hantar oleh uber/grab kepada anda atau terus berhubung dengan custmer service grab di talian 03 2788 1300

 

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: