KBS buka jawatan MySTEP di kementerianya, mohon sekarang. Anda lepasan SPM atau graduan yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022.
Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Kementerian Belia Dan Sukan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
- Jawatan: Personel MySTEP (Pembantu Belia Dan Sukan)
- Kelayakan: SPM
- Gaji ditawarkan: RM1,600 sebulan (tidak termasuk potongan KWSP)
- Tarikh tutup permohonan: 29 April 2022 jam 5 petang
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
- Memiliki sekurang-kurangnya kredit dalam subjek Bahasa Melayu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Mahir menggunakan Microsoft Office, Canva, Adobe Software
- Boleh bekerja secara berpasukan dan komited
KEMUDAHAN MYSTEP
Antara kemudahan yang disediakan kepada calon MySTEP yang berjaya mendapat penempatan adalah:
- Gaji RM1,600 sebulan
- Cuti Rehat dan Cuti Sakit
- Caruman KWSP dan PERKESO
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 29 April 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:
- Resume
- Salinan kad pengenalan dan sijil kelayakan akademik yang berkaitan
Kemukakan dokumen ke alamat emel berikut:
adamas@kbs.gov.my
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:.