Jun 22, 2021
kad hijau cidb pendaftaran personel binaan

Macam Mana Nak Buat Kad Hijau CIDB? (Baru / Renew)

Apa itu Kad Hijau CIDB?

Green Card atau Kad Hijau CIDB juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan.

Ia adalah perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. Halaman rasmi CIDB adalah www.cidb.gov.my. Manakala bagi pemohonan pendaftaran kontraktor dan kad personel binaan boleh layari halaman web cims.cidb.gov.my.

Setiap pekerja binaan samada pekerja tempatan atau pekerja asing WAJIB berdaftar sebagai Personel Binaan dan memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.

Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi.

Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card programme yang direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar ini bercirikan transaksi perdagangan.

Personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar CIDB hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian.

Kad Pintar hanya akan dicetak semula sekiranya personel binaan membuat permohonan gantian kad hilang atau rosak.

Syarat Permohonan Kad Hijau (Tempatan)

  • Pemohon mestilah bekerja dalam industri pembinaan SERTA melaksanakan kerja-kerja pembinaan
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemohon hadir Kursus Induksi Keselamatan Untuk Pekerja Binaan atau setara dengannya
  • Patuh undang-undang bertulis yang lain atau dasar yang ditetapkan oleh kerajaan

Rujuk Garis Panduan di bawah untuk rujukan:
Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan

Cara Mohon Baru / Renew Kad Hijau CIDB

Dalam artikel kali ini, kami akan cuba menerangkan proses pembaharuan ini semudah mungkin, tapi bagi rujukan detail adalah perlu untuk anda layari Halaman Pendaftaran Kad Hijau CIDB ini jika anda mempunyai masalah semasa menggunakannya.

1. Layari http://cims.cidb.gov.my.
Anda perlu pastikan URL/halaman web yang ada kunjungi itu mempunyai domain cidb.gov.my. Jangan tersalah masuk website lain. Kerana terdapat banyak ejen-ejen yang menawarkan service renew kad hijau ini. Jika anda berurusan dengan mereka, segala risiko adalah ditanggung oleh anda dan tidak ada kaitan dengan CIDB.

2. klik “Daftar Baru” tu.

3. Jika anda merupakan majikan , anda boleh pilih jenis permohonan pendaftaran syarikat. Tetapi jika anda mohon untuk diri anda perseorangan, pilih sahaja Individu.

4. Jika anda tersalah klik under Syarikat, sedangkan anda ingin register untuk individu. Apa yang anda perlu buat adalah, ada perlu menghubungi eBantuan CIDB untuk membatalkannya ( https://www.cidb.gov.my/ms/e-bantuan). Sila masukkan email anda yang valid dan anda gunakan bagi memudahkan pihak CIDB memberi maklumbalas dan respone. tunggu status, anda mungkin perlu attach dokumen sokongan.


5. Selepas anda pilih Individu/Syarikat, sila isi borang ini selengkapnya. Borang ini adalah bagi pendaftaran user baru sahaja. iaitu bagi mereka yang tidak mempunyai akaun CIMS lagi. Jika anda sudah ada akaun CIMS, anda boleh procedd untuk login ke akaun anda.

6. Kalau sudah siap, anda boleh pergi ke “HOME”, Login menggunaka email & password yang anda create tadi. Jika anda hendak membuat renew, anda boleh pilih “Construction Personnel“. Manakala yang baru nak buat kad, anda perlu memilih kelas yang berdekatan anda dulu ye pilih laa “Competency Management. Kelas ini merupakan safety kelas yang diberikan oleh pihak CIDB. Kelas ini adalah wajib bagi permohonan baru.
p/s: Klik di “View Details” 

7. Kepada yang renew boleh klik di gambar pensel, yang tak pernah ada greencard bole klik “Permohonan Kursus” -> “Kursus SICW” dan pilih lah tempat yang anda mahu! Tapi kalau jika anda sudah ada kad NIOSH anda tidak lagi perlu menghadiri pergi kursus SICW! Boleh terus sambung buat permohonan seperti yang renew.

 Yang permohonan baru sampai disini je step nya, pembayaran boleh buat secara online atau datang walk in ke kaunter mengikut negeri masing-masing.

8. Untuk pembaharuan / renew anda perlu mengisi beberapa borang dan upload dokumen yang berkenaan. Kalau ada dokumen yang tidak mencukupi, anda boleh SKIP sahaja. Pihak CIDB akan membuat semakan terhadap permohonan anda. Jika tiada perubahan kepada permohonan anda (tidak tukar job tittle/bidang) , biasanya ianya agak mudah.

9. Setelah siap mengisi borang dari 1 hingga 9 anda boleh tekkan button submit.
10. Submit
11. Nanti dapat msg “Permohonan Diterima”, tunggu lagi sampai dapat email “Permohonan Berjaya” yang mengambil masa 1-3 hari bekerja.
12. Login balik -> klik pensel -> fill up form2 yang kena isi lagi (last page) -> Bayar. Kalau bayar online follow je. Kalau nak bayar dekat kaunter print Proforma Invoice dengan cara klik dekat gambar printer yang size nya seperti gambar pensel tadi. Sila bawa Proforma Invoice ke mana-mana kaunter CIDB di seluruh Malaysia. Kami mengesyorkan anda membuat pembayaran secara online. Senang dan cepat.

13. Selepas bayar boleh tunggu 3-5 hari bekerja untuk collect card atau card akan dihantar kepada Alamat yang anda daftar dalam sistem.
14. Selesai. Tahniah! Adalah penting untuk dingatkan skali lagi, iaitu anda perlu memastikan halaman web yang anda perlu layari adalah cims.cidb.gov.my.

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: