TikTok merupakan platform perkongsian video yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur, muda dan tua. Namun, bagi ibu bapa yang memberikan akses TikTok kepada anak di bawah umur, adalah lebih baik untuk memberi perhatian lebih kerana tidak semua kandungan selamat untuk kanak-kanak.
Ibu bapa boleh menggunakan TikTok Family Pairing untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terdedah kepada kandungan yang mungkin tidak sesuai untuk mereka. Ciri yang diperkenalkan pada April 2020 ini membolehkan ibu bapa dan remaja menyesuaikan tetapan keselamatan mereka berdasarkan keperluan individu.
Berikut adalah langkah untuk anda setting Tiktok family Pairing :
- Buka aplikasi TikTok pada kedua-dua telefon pintar > profile > Setting and privacy > Family Security Mode > Continue >
- Seterusnya, klik pilihan Parent pada telefon pintar anda dan klik pilihan Teen pada telefon pintar anak anda
- Kod bar akan muncul pada telefon pintar anda, yang kemudiannya perlu diimbas melalui telefon pintar kanak-kanak itu
- Pada telefon pintar anak, klik Link Account > Link untuk menghubungkan kedua-dua akaun
- Selepas langkah terakhir selesai, anda akan mempunyai akses kepada akaun TikTok anak anda, membolehkan anda mengurus setting privacy, online safety, dan digital wellbeing akaun anak anda melalui akaun anda. Cara untuk menyediakan akaun anak adalah melalui menu yang sama iaitu Family Pairing dalam setting.
Selain itu, ibu bapa juga boleh mengawal siapa yang boleh menghantar mesej kepada anak-anak, melihat profil, mengulas pada kandungan, atau melihat kesukaan kanak-kanak. Tambahan pula, ibu bapa boleh menukar akaun TikTok anak mereka kepada akaun peribadi atau awam.
Semoga selepas membaca artikel ini, ibu bapa boleh lebih bijak dalam menyediakan ruang digital untuk anak-anak mereka.