Kereta Audi 2024 Akan Datang Dengan 5G Connectivity

audi 5G

Pada zaman dahulu, satu-satunya connectivity yang kita perlukan dalam kereta ialah radio, tetapi hari ini kebergantungan kepada internet adalah sangat penting dan menjadi satu keperluan hidup. Bagi mereka yang berkemampuan, anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa kenderaan Audi 2024 akan datang dengan 5G.

Ini adalah hasil perkongsian antara Verizon dan Audi. Menurut kenyataan akhbar Verizon, “Kerjasama itu membawa connectivity 5G Ultra Wideband ke dalam kenderaan Audi dan menyediakan kelajuan dan telecommunication architecture yang diperlukan seperti, bantuan pemanduan (driver-assistance features) dan driving inovation  untuk pemanduan automatik (automated driving).”

Dengan sambungan 5G, pemandu akan dapat memuat turun dan menstrim hiburan dalam kereta mereka, menerima kemas kini perisian untuk kenderaan mereka dan juga dapat berkomunikasi dengan kenderaan lain.

Menurut Verizon, “Teknologi ini akan menjadi penting untuk pembangunan kenderaan automatik dan kemajuan keselamatan, seperti menyediakan pandangan yang lebih lengkap tentang persekitaran kenderaan melebihi apa yang boleh diperhatikan oleh pemandu, kamera kenderaan dan sistem radar.”

Sambungan 5G akan tersedia untuk kereta Audi terpilih, tetapi jika anda tidak bercadang untuk membeli Audi, kami menjangkakan ia mungkin tidak akan terlalu lama sebelum pengeluar kenderaan lain mengikuti tawaran serupa. Mungkin kita di Malaysia juga akan dapat merasa teknologi ini tidak lama lagi.

Sumber : verizon 

Lihat Juga :   Kerajaan Malaysia Pertimbangkan Memansuhkan Daftar Masuk Kod QR MySejahtera

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!