Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Tawar Tajaan Pengajian Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Tawar Tajaan Pengajian Tingkatan 1 & 4

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka tawaran tajaan pengajian bagi melanjutkan pengajian di sekolah-sekolah zakat negeri ini bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 dan 4 sesi 2022.

Untuk makluman, tajaan pengajian zakat kedah ini diberi keutamaan kepada anak-anak bagi keluarga dalam kategori fakir dan miskin.

Tarikh Tutup permohonan

Permohonan ini ditutup pada  18 Januari 2022 (Selasa).

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Tawar Tajaan Pengajian Tingkatan 1 & 4

Penempatan & Syarat-syarat Permohonan

Lembaga Zakat Negeri Kedah menyediakan 2 jenis tawaran bagi kemasukan seperti berikut ; 

Penempatan Bagi Tajaan Kemasukan Tingkatan 1 / 2022 Sekolah Zakat Kedah

  • SZK 1 : Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Belantik Sik
  • SZK 2 : Kolej Agama Sultab Abdul Halim (Ulul Albab), Jalan Suka Menanti Alor Setar
  • SAR 1 (Daerah Langkawi) : SMA Baqiyatussolihat, Langkawi
  • SAR 2 (Daerah Kubang Pasu : SMA Nadhah Hasanah, Melele Kodiang
  • SAR 3 (Daerah Alor Setar : SM Sains Tafiz (SEMESTI), Alor Setar
  • SAR 4 (Daerah Padang Terap), SMA Khairiah, Pedu
  • SAR 5 (Daerah Yan) : SMA Taufiqah Al-Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pakya), Padang Lumat
  • SAR 6 (Daerah Pendang) : SMA Islah, Pendang
  • SAR 7 (Daerah Baling) : SMA Yayasan Khairiah, Kupang
  • SAR 8 (Daerah Kulim) : SMA Tarbiah Diniah, Kulim
  • SAR 9 (Daerah Kulim) : SMA Ihsaniah, Jangkang Kulim
  • SAR (Daerah Kuala Muda) : SMA Daris, Sungai Petani

Syarat Permohonan Tingkatan 1 2022 adalah seperti berikut ;

  1. Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2009
  2. Sedang menetap dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun
  3. Keutamaan diberikan kepada anak-anak asnaf faqir dan miskin
  4. Bersedia ditempatkan di sekolah-sekolah yang ditetapkan oleh LZNK
  5. Pelajar yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga

 

Penempatan Bagi Tajaan Kemasukan Tingkatan 4 / 2022 Sekolah Zakat Kedah

Bagi tingkatan 4, penempatan adalah di Kolej Agama Sultan Abdul Halim (Ulul Albab), Jalan Suka Menanti Alor Setar

Lihat Juga :   Miss Grand Malaysia Ulek Mayang mencuri hati dengan kostum menakjubkan yang menampilkan 7 patung

Syarat Permohonan Tingkatan 4 2022 adalah seperti berikut ;

  1. Lelaki
  2. Warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangya 16 Tahun pada tahun 2022
  3. Sedang menetap dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun
  4. Menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 15 Juzu’
  5. Pelajar yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga

Cara Memohon

Permohonan Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://bit.ly/MasukSekolahZakat22

MAKLUMAN!

  • Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat semakan status permohonan
  • Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport.
  • Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI.

Permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah -UPPSZK) yang akan diadakan pada Bulan Februari 2022.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi:

BAHAGIAN PEDIDIKAN ZAKAT KEDAH

TEL: 04-7331740 / 013-4592071

BAHAGIAN LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ZAKAT KEDAH

TEL: 013-4463071

Sumber: Facebook Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: