Lenovo telah melancarkan komputer riba permainan terbaru mereka. Kali ini, mereka melancarkan Lenovo IdeaPad Gaming 3 generasi terbaharu yang didatangkan dengan spec terkini pada acara MWC 2022 baru-baru ini.
Untuk komputer riba baru ini, Lenovo mendedahkan bahawa komputer riba permainan ini direka untuk menjadi lebih anggun dengan port lengkap dan hiasan LED biru. Ianya juga mempunyai design yang sangat menarik dan nampak modern.
Komputer riba ini mempunyai kipas yang senyap tetapi mempunyai prestasi yang cukup baik untuk gamers. Mereka menggunakan pemproses Intel generasi ke-12 atau menggunakan pemproses siri AMD Ryzen 6000.
Pengguna juga akan mendapat paparan IPS WQHD+ 16-inci dengan kadar penyegaran 165Hz dan 100% ketepatan warna sRGB, yang agak tinggi untuk komputer riba permainan. Sementara itu, bagi GPU, mereka akan menawarkan GPU sehingga siri NVIDIA RTX 3060.
Untuk memastikan komputer riba ini sejuk, mereka menggunakan teknologi terma quad-vent pintar. Mereka juga menggunakan pengudaraan yang 20 peratus lebih besar daripada pendahulunya.
Menariknya, mereka menawarkan kamera yang boleh merakam dalam resolusi 1080p pada komputer riba ini.
Untuk harga di Malaysia, anda boleh semak harga semasa pada halaman web utama Lenovo Malaysia atau Lenovo Malaysia Official Shopee Store.
.