llaollao Malaysia Terima Sijil Halal Dari JAKIM

llaollao malaysia halal

ANDA BOLEH DAPATKAN VOUCHER, TOYS COLLECTION DARI llaollao DI HALAMAN SHOPEE llaollao malaysia

 

llaollao iaitu jenama yogurt asli Sepanyol yang terkemuka di Eropah dan Asia dengan rasminya mengumumkan bahawa mereka telah diberikan pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pensijilan Halal ini membuktikan bahawa kesemua produk llaollao serta kaedah penyediaan dan sumber ramuannya adalah sesuai untuk dimakan oleh individu beragama Islam.

llaollao Malaysia Kini Terima Sijil Halal Dari JAKIM llaollao Malaysia Kini Terima Sijil Halal Dari JAKIM llaollao Malaysia Kini Terima Sijil Halal Dari JAKIM

Kini, pelanggan beragama Islam di Malaysia boleh menikmati kesihatan kegemaran mereka froyo dengan pelbagai jenis topping yang lazat termasuklah buah-buahan yang baru dipotong serta sos lazat diimport terus dari Sepanyol.

Sejak cawangan pertama llaollao Malaysia dibuka pada tahun 2015, kami sememangnya bertungkus-lumus untuk memberikan yang terbaik kepada semua. Sebab itulah kami memutuskan untuk mendapatkan sijil Halal sebagi bukti kami melabur di Malaysia serta ingin memastikan kepuasan pengguna terhadap produk kami.

Encik Tan Kai Young, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd dan Pemegang Francais Induk llaollao Malaysia.

llaollao Terima Sijil Halal JAKIM Pada Tahun Ketujuh Dalam Industri Makanan Dan Minuman Di Malaysia

Pensijilan Halal daripada JAKIM merupakan sejarah penting bagi pihak llaollao.

Pada tahun 2022, llaollao kini sudah memasuki tahun ketujuh dalam pasaran makanan dan minuman di Malaysia sejak pembukaan cawangan pertama mereka di Pavilion Kuala Lumpur pada tahun 2015.

Bagi memastikan llaollao mematuhi tahap piawaian mengikut pensijilan Halal Islam, JAKIM menggunakan pendekatan yang ketat dan menyeluruh terhadap proses permohonan tersebut.

Sijil Halal telah menjadi keutamaan kami sejak cawangan llaollao dibuka di Malaysia. Ini kerana kami mendapati bahawa permintaan untuk produk Halal mendapat sambutan tinggi. Dengan memperolehi sijil Halal ini telah menjadi langkah pertama kami untuk menggembirakan ramai pelanggan terumanya yang beragama Islam serta mengembangkan lagi jenama ini di seluruh Malaysia.

Encik Tan Kai Young, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd dan Pemegang Francais Induk llaollao Malaysia.

Setakat hari ini, llaollao telah memohon tujuh permohonan Halal baharu termasuklah 31 llaollao cawangan di seluruh negara. Secara keseluruhan, sebanyak 40 cawangan llaollao telah berjaya didaftarkan di bawah sistem MyEHalal.

Antara sembilan buah cawangan llaollao pertama di Malaysia yang telah memperolehi sijil halal dari JAKIM adalah:

  • llaollao AEON Cheras Selatan
  • llaollao Berjaya Times Square
  • llaollao IOI City Mall
  • llaollao Mid Valley
  • llaollao MyTOWN
  • llaollao NU Sentral
  • llaollao Sunway Putra Mall
  • llaollao Sunway Velocity
  • llaollao The Gardens Mall

llaollao Malaysia berharap proses akreditasi Halal mereka berjalan lancar dengan lancar kerana mereka merancang untuk membuat tambahan permohonan Halal kepada 40 sehingga 48 lagi cawangan menjelang akhir tahun 2022.

Sumber : TheRakyatPost

Lihat Juga :   Pekerja Apple Mengancam untuk Meninggalkan Pejabat Sekiranya Work From Home/Remote Dilarang

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!