Macam Mana Cara Nak Terminate ASTRO

cara terminate astro

Setelah wujud beberapa channel internet sekarang, sudah ramai penggguna mula beralih kepada perkhidamatan atau services video streaming lain. 

Ini bukan sahaja disebabkan oleh faktor berapa banyaknya senarai video yang ditawarkan oleh video streaming ini, tetapi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti harga langganan, fleksibilty, accessibility, dan penggurusan akaun yang lebih senang.

Bagi anda yang berminat untuk terminate service Astro ini, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan. 

1. Cara terminate Astro melalui email

Sebelum batalkan langganan:

  • Sila pastikan anda tidak lagi terikat dengan kontrak Astro. Jika tidak, anda akan dikenakan penalti.
  • Pastikan juga semua bil yang tertunggal sudah dibayar
  • Sila terminate 10 hari sebelum tarikh bil anda. Contohnya, jika bil Astro adalah setiap 25 haribulan setiap bulan, sila mohon untuk menamatkan Astro pada 15 haribulan.

Jadi, jika semuanya baik, berikut ialah cara untuk terminate Astro melalui email:

  1. Buka aplikasi email kegemaran anda seperti Gmail
  2. Klik Compose
  3. Di ruangan From, akan automatik menggunakan email anda
  4. Di ruangan To, masukkan email [email protected]
  5. Di ruangan Subject, masukkan PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: 123456789)
  6. Masukkan maklumat berikut bagi memudahkan pihak Astro membuat proses memotong akaun Astro anda
    • Nama penuh pemilik Astro
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor akaun Astro
    • Alamat Astro dipasang
  7. Tekan butang Send
  8. Selesai

 

2. Contoh surat / email terminate Astro ([email protected])

Untuk membuat surat penutupan atau penamatan Astro, tak perlu nak guna Bahasa Inggeris. Cukup dengan menulis surat ringkas dalam Bahasa Melayu.

Jika menggunakan email untuk menamatkan Astro, di ruangan Subject, masukkan PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: 1234567).

PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin menamatkan perkhidmatan Astro.

3. Berikut adalah maklumat berkenaan akaun Astro ini:

  • Nama penuh: Muhammad Azam bin Radzi
  • Nombor Kad Pengenalan: 950505-10-5555
  • Nombor akaun Astro: 123456789
  • Alamat: 2, Jalan Kenangan 2/5, Taman Samudra Perdana, 47500, Subang Jaya, Selangor

4. Mohon pihak Tuan / Puan membuat penamatan Astro ini dengan segeran.

5. Segala kerjasa Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklum balas, sila hubungi saya di talian 012-34567890

Terima kasih.

 

 

2. Cara terminate Astro melalui panggilan ke Customer Service Centre

Kalau anda jenis malas mahu menaip, ini adalah cara untuk tamatkan langganan Astro hanya dengan panggilan telefon sahaja.

  1. Cara terminate Astro yang pertama adalah anda perlu membuat panggilan ke talian Astro Customer Service Centre
  2. Dail nombor 03-9543-3838.
  3. Setelah anda dial nombor tersebut anda perlu meminta untuk bercakap dengan operator.
  4. Setelah anda disambungkan kepada operator yang bertugas anda perlu memohan untuk menyemak baki akaun Astro anda.
  5. Kemudian anda perlu mendapatkan maklumat tentang baki semasa yang perlu dijelaskan.
  6. Seterusnya dapatkan maklumat tentang tarikh bil Astro anda yang seterusnya.
  7. Maklumat yang terakhir yang perlu anda dapatkan adalah tentang hubungan anda bersama Astro iaitu adakah anda masih dalam kontrak bersama Astro ataupun tidak.
  8. Selepas mendapatkan maklumat tentang baki semasa yang perlu dijelaskan anda perlu jelaskan terlebih dahulu baki tersebut.
  9. Kemudian anda jelaskan kepada operator tersebut bahawa anda berhasrat untuk terminate Astro anda.
  10. Cara terminate Astro yang seterusnya adalah operator akan bertanya tentang sebab anda ingin terminate Astro dan anda perlu menjelaskan sebab anda kepada operator tersebut.
  11. Setelah selesai, anda perlu tunggu sahaja perkhidmatan Astro anda ditamatkan.
  12. Akaun Astro anda akan ditutup dalam tempoh masa 24 jam.
  13. Semasa proses penamatan Astro pastikan anda tidak purchase sebarang channel Astro seperti Astro Best dan Astro First kerana itu akan membatalkan proses terminate Astro anda.
  14. Selesai sudah proses terminate Astro anda.

 

3. Proses potong Astro melalui cawangan Customer Service Centre

Kalau anda tinggal di kawasan bandar yang dekat dengan Astro Customer Service (CSC), boleh ikuti cara ini.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Astro CSC yang berdekatan. Rujuk senarai cawangan Astro supaya tidak perlu pergi ke lokasi yang jauh-jauh.
  2. Tak perlu bawa kad Astro, decoder atau dish
  3. Bawa badan sahaja bersama MyKad
  4. Scan QR Code MySejahtera di luar premis
  5. Ambil nombor dan tunggu sehingga dipanggil ke kaunter
  6. Maklumkan bahawa anda ingin tamatkan langganan Astro
  7. Pekerja Astro akan buat notis penamatan perkhidmatan selama 30 hari dari tarikh hari ini
  8. Ini bermakna, kalau anda terminate hari ini, ia tidak betul-betul ditamatkan. Anda masih lagi perlu tunggu 30 hari.
  9. Pekerja tersebut juga akan mengira penalti jika ada
  10. Maklumat pembayaran akan dicetak dan diberikan kepada anda
  11. Sila sahkan pengiraan yang dibuat oleh pekerja Astro dan pastikan semua maklumat adalah betul
  12. Bayar amaun yang dipaparkan pada helaian berkenaan tersebut melalui kiosk bayaran Astro di dalam premis tersebut
  13. Berikan resit pembayaran yang telah selesai kepada pekerja Astro tadi di kaunter
  14. Simpan resit untuk rujukan akan datang
  15. Selepas tamat 30 hari notis penamatan perkhidmatan Astro, juruteknik Astro akan datang untuk mengambil semua barang-barang Astro seperti kad, decoder dan piring Astro.
  16. Jika tidak, anda boleh simpan sebagai kenang-kenangan
  17. Proses terminate Astro selesai

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: