728*90

Macam Mana Nak Buat Soft Reset, Force Restart dan Factory Reset pada iPad

iPad mempunyai kecenderungan untuk berlaku masalah dan kerosakan kepada OS dan aplikasinya dan melambatkan. Jika anda memasang terlalu banyak aplikasi. Nasib baik, Apple membolehkan pengguna membuat factory reset kepada produk nya., yang membolehkan anda menikmati tablet anda seolah-olah baru.

Sama ada anda memilih soft reset atau factory reset, kedua-dua proses lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Di bawah ini, kami menggariskan cara menetapkan semula iPad Apple anda – sebelum itu, ada perlu membuat backup bagi semua fail peribadi anda dengan iCloud.

Cara menetapkan semula iPad anda (soft reset)

Sekiranya anda mendapati bahawa iPad anda berjalan sedikit lebih lambat dari biasanya – mungkin ia lagging atau slow sedikit, atau anda menghadapi masalah memuatkan aplikasi atau permainan tertentu, tetapi ia masih responsif terhadap sentuhan anda – maka anda harus mencuba soft reset .

Soft reset hanya akan mematikan dan menghidupkan semula iPad anda, dan ia dapat menyelesaikan banyak masalah. Anda tidak akan kehilangan data atau setting yang sedia ada.

Jadi ini adalah perkara pertama yang harus anda cuba apabila anda menghadapi masalah dengan tablet Apple anda.

Inilah cara soft reset iPad:

  1. Tekan dan hold power button sehingga slaid muncul di skrin. Untuk kebanyakan iPad, power button ia akan berada di tepi atas apabila anda memegangnya secara menegak, ianya sama pada iPad Pro 2020 atau iPad Mini. Dalam beberapa model lama, anda akan menjumpainya di sebelah.
  2. Seret slide dari kiri ke kanan untuk mematikan iPad anda.
  3. Setelah iPad mati sepenuhnya, tekan dan hold butang power sekali lagi sehingga ia start dan anda melihat logo Apple di skrin.
Lihat Juga :   Telefon BlackBerry kembali : BlackBerry 5G

Cara force reset /restart iPad anda

Sekiranya skrin iPad anda ‘hang’ atau ‘freezes’, atau anda mendapati bahawa ia tidak bertindak balas terhadap ketukan dengan cara biasa, maka anda mungkin tidak dapat melakukan soft reset. Sudah tiba masanya untuk membuat force reset / restart.

Force reser/restart Ini hanya kaedah alternatif untuk mematikan dan menghidupkan iPad anda, jadi, seperti soft reset, ia tidak akan memadamkan apa-apa dan tidak ada data yang akan hilang. Perkara pertama yang harus dicuba jika iPad anda tidak bertindak balas. Berikut adalah cara untuk force reset iPad anda.

Sekiranya anda mempunyai iPad yang mempunyai Home Button, seperti iPad Air, maka inilah cara untuk memulakan semula iPad anda secara force reset/restart:

  1. Tekan butang Power dan butang Home bersama-sama sehingga iPad mati dan reboot. Anda boleh melepaskannya apabila melihat logo Apple di skrin.

Sekiranya anda mempunyai iPad tanpa butang Laman Utama, seperti Pro iPad 2020, anda perlu:

  1. Tekan dan lepaskan butang Volume Naik dengan cepat.
  2. Tekan dan lepaskan butang Volume Turun dengan cepat.
  3. Kemudian tekan dan tahan butang power sehingga peranti dimulakan semula (restart).

 

Cara factory reset iPad anda

 

Sekiranya anda masih menghadapi masalah dengan iPad anda setelah membuat soft reset atau dan force reset/restart, atau mungkin anda ingin mengosongkan iPad anda sebelum menjualnya, maka anda perlu tahu cara membuat reset factory kepada iPad anda.

Factory reset akan menghapuskan sepenuhnya semua data, file, setting yang ada di iPad anda dan akan kembali seperti mula-mula anda membelinya dulu.
Ini bermaksud semua muzik, foto, mesej, dan semua yang lain akan dihapus secara kekal. Jadi adalah sangat penting untuk anda membuat backup dahulu kepada semua file-file anda sebelum membuat factory reset.

Lihat Juga :   Macam Mana Nak Jimatkan Bateri iPhone Anda

Anda boleh membuat backup menggunakan iTunes atau iCloud, dan kami juga akan membuat post bagaimana anda boleh membuat backup file pada iPhone, yang juga sama dengan membuat backup kepada iPad.

Setelah anda membuat semua backup kepada file/data anda, anda boleh mengikuti langkah-langkah ini untuk membuat factory reset:

  1. Pergi ke Setting> General > Reset   dan pilih Erase All Content and Settings..
  2. Tekan Erase iPad dan confirm.
  3. Setelah proses selesai, anda akan disambut dengan skrin seperti ketika anda pertama kali membelinya.
  4. Anda boleh memilih sama ada untuk membuat setup baru atau restore dari backup anda.

Itu sahaja, selamat mencuba

Hits: 30

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply