Ogos 1, 2021
Bakul Prihatin Negara

Macam Mana Nak Mohon Bantuan BAKUL PRIHATIN NEGARA JKM

 

APAKAH TUJUAN PENGAGIHAN BAKUL PRIHATIN NEGARA?

 
Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
 

APAKAH KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA?

 
Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.
 

BAGAIMANAKAH DENGAN MEKANISME PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA?

Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut: 3.1 Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri; 3.2 Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999; 3.3 Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU 3.4 Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat
 

BAGAIMANAKAH DENGAN KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATIN NEGARA?

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon. Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.
 

APAKAH BARANGAN ASAS YANG TERDAPAT DI DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA?

 
Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut:
  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi
 

ADAKAH DIBENARKAN UNTUK MENERIMA LEBIH DARIPADA SATU (1) BAKUL PRIHATIN NEGARA?

Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul Prihatin Negara sahaja. Namun begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.
 
Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999. Mereka juga boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
 
Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.
 
Berikut adalah beberapa link sebagai runjukan anda. Sila klik pada borang Permohonan dan sila hantar kepada JKM yang terhampir dengan anda. 
 
 
 

Berikut adalah senarai penuh nombor telefon bagi bilik gerakan JKM terdekat.

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: