Baru-baru ini, kita digemparkan dengan beberapa kes individu yang kehilangan duit simpanan di dalam akaun bank selepas membuat urusniaga dalam talian dengan beberapa syarikat/perniaga (scammer).
Contohnya ialah satu kes individu yang mahu menggunakan perkhidmatan ‘maid’ atau pembersih rumah. Beliau telah kehilangan RM1000 dari bank selepas membuat pembayaran deposit RM10 kepada syarikat (scammer).
Jadi apa yang perlu anda perhatikan jika anda tidak pasti jika service itu adalah betul atau scammer. Perhatikan tanda-tanda berikut:
1. Harga untuk perkhidmatan nampaknya terlalu bagus atau terlampau murah.
2. Memerlukan anda memuat turun dan install fail APK pada telefon pintar anda.
3. Selepas install apps ini, ianya akan meminta kebenaran untuk mengubah atau ‘redirect’ SMS anda. Jadi bila bank menghantar TAC number, anda tidak lagi menerima TAC kerana ianya telah redirect semua SMS anda kepada apps ini.
Sebab itulah ramai mangsa mengatakan duit mereka hilang tanpa menerima sebarang SMS TAC.
4. Pembayaran mesti dibuat melalui aplikasi.
Jika anda mengalami perkara di atas, sila batalkan urusan anda, uninstall aplikasi tersebut dan laporkan kepada bank dengan segera. Selain itu, anda perlu tutup akses e-perbankan anda.
Untuk transaksi yang lebih selamat, pastikan anda berpindah dari SMS TAC kepada Secute TAC seperti contoh berikut :
CIMB SECURE TAC
MAYBANK SECURE TAC