Macam Mana untuk enable ciri screenshot pada Apple Watch

Macam Mana untuk enable ciri screenshot pada Apple Watch

Apple Watch memang mempunyai banyak ciri yang hebat, daripada pemantauan kesihatan, hingga menyelamatkan pengguna apabila berhadapan dengan situasi kecemasan. Jam tangan pintar ini boleh digunakan sebagai kalkulator, walkie-talkie, dan satu perkara yang tidak ramai orang tahu ialah pengguna boleh mengambil screenshot. Walau bagaimanapun, untuk menggunakan ciri ini, pengguna mesti membuat beberapa setting terlebih dahulu.

Screenshot ialah cara praktikal untuk menangkap momen pada skrin peranti. Pada telefon pintar, anda biasanya hanya perlu melakukan satu langkah mudah, seperti meleret skrin atau menekan butang tertentu. Pada Apple Watch, anda mesti enable ciri itu dahulu, yang bermaksud ciri itu disable secara default.

Setelah enable, anda boleh mengambil screenshot dengan mudah dengan menekan Digital Crown dan butang sisi pada masa yang sama. Kemudian, buka galeri pada iPhone yang disambungkan, dan anda akan menemui screenshot di dalamnya.

Berikut ialah cara untuk enable screenshot Apple Watch melalui setting pada iPhone.

  • Buka apps watch pada iPhone dan scrool ke menu General
  • Scrool ke bawah sehingga anda menemui pilihan “Enable Screenshots” kemudian enable kannya.

Sementara itu, anda juga boleh mengaktifkannya terus melalui jam tangan pintar anda, dengan cara berikut

  • Buka smartwatch dan klik setting
  • Klik pada General dan scrool ke bawah sehingga anda menemui pilihan Screenshots
  • Enable pilihan Screenshots

Jika anda rasa anda tidak begitu memerlukan ciri ini, anda juga boleh disable ciri tersebut sepenuhnya. Kaedahnya hampir sama dengan cara mengaktifkannya, cuma perlu menyahaktifkan pilihan. 

Lihat Juga :   Xiaomi Mi 11 Ultra Sudah Tiba

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: