728*90

Macam Mana Streamer Main Game Dan Dapat Duit

buat duit dengan stream game

Cara Main Game Dan Dapat Duit

Selain pengalaman pertempuran yang menarik, Anda sebenarny anda boleh main game dan dapat duit termasuklah game PUBG atau game lain. Untuk posting kali ini, kami akan fokus kepada game PUBG.

banner

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapat duit dengan main game PUBG :

  • Tornoment PUBG Online
  • Menjual Barang Dalam Aplikasi untuk Duit
  • Bermain PUBG di Lan Events
  • Hasilkan Duit dengan Live Streaming
  • Affiliate Marketing
  • Menjadi Pelatih PUBG

 

Untuk posting kali ini, kami akan berfungsi dengan anda semua bagimana seorang wanita dari malaysia yang  ber main game dan dapat duit dengan main game pubg melalui Live Streaming. Wanita yang dikenali sebagai Miss Rose atau Linda Imran merupakan individu yang selalu membuat live streaming di facebook. 

 

buat duit dengan pubg

Dalam satu interview eksklusif bersama Zayan, Miss Rose atau Linda Imran menceritakan yang dia akan membuat stream main PUBG sebanyak 3 sesi dalam satu hari. Sesi bermain game Miss Rose adalah selama 3 jam seperti berikut :

Sesi pertama  : 10 pagi atau 11 pagi
Sesi kedua     :  2 petang
Sesi ketiga     :  10 malam

main game dan dapat duit

Dalam temubual tersebut, Miss Rose mendedahkan beliau menyimpan niat untuk mendapat pendapatan enam angka selepas ini. Ini satu pencapaian yang hebat. Namun tahukah kita bagaimana pendapatan sebanyak itu dibayar oleh Facebook? Bayar bagaimana?

Ini cara pengiraannya untuk dapat duit dengan main game PUBG

Pendapatan streamer seperti Miss Rose adalah berdasarkan star yang diberikan oleh viewer yang menonton aksi Miss Rose ketika dia berperang dalam PUBG. Contohnya dalam gambar di atas, seorang viewer bernama Mohd Shafiq memberikan 15 star kepada Miss Rose. Itu dikira pendapatan kepada Miss Rose.

Berapa nilai 15 star yang diberi oleh Mohd Shafiq itu? Facebook akan bayar USD$300 setiap 10,000 star yang dikumpulkan oleh streamer. Bermaksud satu star nilainya adalah 0.03 dollar.

Jika ditukar dalam RM, pada kadar tukaran 1 dollar = RM4.1, maka nilai satu star adalah 12 sen. Oleh itu, nilai 15 star yang diberikan oleh Mohd Shafiq adalah bernilai 15 star x 12 sen = 180 sen atau RM1.80 sen.

 

Lihat Juga :   Laman ini Tahu Jika Akaun Email Telah Digodam / Hacked

Miss Rose kekadang dapat 10 star, 15 star dan ada sesekali dapat 50 star. Jika anggaran pendapatan Miss Rose adalah RM18,000 sebulan. Berapa star yang Miss Rose dapat dalam masa sebulan?

Cuba kira…

1 star = RM0.12 sen

RM18,000 bahagi dengan 12 sen = 150,000 star dalam masa sebulan

Facebook bayar 10,000 star = USD$300 dollar

Jika Miss Rose stream secara purata, 3 kali sehari dan sekali stream adalah 3 jam, berapa anggaran purata star atau pendapatan Miss Rose dalam masa sejam? Boleh kira?

 

Ini kiraanya…

Miss Rose stream lebih kurang 9 jam sehari (tidak perlu hadapi jammed, sesak, isi minyak petrol, bayar parking, atau bayar tiket MRT, hujan dan panas pun tak). Orang lain kerja 8 jam + jalan jammed  = kurang kurang 10 jam atau 11 jam sehari kerja, tu belum campur OT lagi.

Jika Miss Rose kerja 9 jam sehari dan cuti pada Sabtu dan Ahad, maka seminggu Miss Rose kerja selama 5 hari x 9 jam = 45 jam seminggu.

45 jam seminggu, bermaksud dalam sebulan dalam 45 jam x 4 = 180 jam.

Dengan purata pendapatan RM18,000 sebulan, Miss Rose hanya kerja 180 jam sahaja sebulan. Ini bermakna, pendapatan sejam Miss Rose adalah RM100 sejam.

Jadi berapakah star secara puratanya Miss Rose dapat dalam masa sejam itu?

RM100 bahagi dengan RM0.12 sen = 833 atau 834 star.

Jika Mohd Shafiq beri 15 star, bermakna dalam masa sejam Miss Rose kena dapat 55 orang lagi seperti Mohd Shafiq untuk maintain pendapatannya. Oleh itu, viwers amat penting bagi seseorang streamer, bukan viewer sahaja tetapi mestilah bermurah hati memberikan star.

Itu kiraan RM18,000 based on star semata-mata, belum lagi income tepi lain-lain seperti penjualan UC serta peralatan PUBG yang dibuat oleh Miss Rose.

Semoga lebih ramai lagi rakyat Malaysia menjadi streamer yang berjaya seperti Miss Rose. Tahniah Miss Rose.

 

Lihat Juga :   Bukan Peminat WordPress? Berikut adalah 5 CMS Laman Web Statik Terbaik untuk Anda

Lihat Juga : 5 Gamers Malaysia Paling Kaya Sehingga 2019

Hits: 12844

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply