Makluman Penipuan: Berhati-hati dengan iklan penipuan di Facebook yang menawarkan beg galas Aer RM9

Satu lagi iklan penipuan menyasarkan rakyat Malaysia yang diluluskan oleh Facebook. Kali ini, terdapat iklan penipuan yang mendakwa menawarkan Aer Backpacks dengan harga RM9.00. Ia adalah taktik serupa yang digunakan oleh iklan penipuan sebelum ini yang mempromosikan Skuter Elektrik Mi RM8.50 dan Mesin Kopi Philips RM9.

Iklan tersebut disiarkan daripada halaman Facebook “Aer Backpack MY” baharu yang dicipta pada 3 Februari 2023 dan Facebook telah membenarkannya menyiarkan iklan pada hari pertama itu sendiri. Seperti kebanyakan halaman Facebook penipuan, ia dipenuhi dengan foto yang diambil dari laman web rasmi Aer untuk menjadikannya kelihatan sah. Pada masa ini, ia menyiarkan dua iklan – satu untuk memperolehi ‘like’ dan satu lagi untuk mempromosikan tawaran palsu RM9.

Iklan serupa dari halaman yang berpura-pura menjadi LazMall juga dibenarkan oleh Facebook. Iklan itu juga mempromosikan beg galas Aer tetapi dengan harga RM9.90.

Untuk menjadikan tawaran beg galas RM9 kelihatan meyakinkan, halaman penipuan telah mencipta transaksi palsu dengan ulasan ramai pengguna untuk memberi gambaran bahawa beg itu adalah asli dan telah dihantar dengan betul. Jika tidak diperhatikan dengan teliti, mungkin kita boleh tertipu.

Iklan tersebut membawa kepada tapak web palsu yang menggunakan jenama Aer dan ia meminta pengguna mengisi borang tinjauan. Seperti kebanyakan scammer, halaman itu mendakwa terdapat hanya 500 unit tersedia pada harga istimewa bagi menggalakan orang untuk mengisi butiran mereka. Seperti biasa, jangan berikan maklumat peribadi anda dan jangan klik pada link iklan tersebut. Sebaliknya, laporkan iklan sebagai fraud/scammer kepada facebook/Meta.

Meta secara berterusan mendakwa bahawa ia mempunyai algoritma untuk menyekat penipu daripada platformnya tetapi jelas ia telah gagal untuk menghalang dan menyekat iklan penipuan.

Lihat Juga :   Filem Super Mario Bros memecahkan rekod untuk pendapatan kali pertama terbesar untuk movie berasaskan game

Malangnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kuasa terhad untuk bertindak di atas platform yang dihoskan di luar Malaysia. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementeriannya dan SKMM akan mengkaji dan menilai mekanisme terbaik untuk menangani iklan penipuan di media sosial.

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, anda digesa menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) dengan menghubungi 997 secepat mungkin. NSRC ialah pusat arahan khusus untuk menyelaraskan tindak balas pantas bagi penipuan kewangan dalam talian dan ia akan membolehkan Bank Negara Malaysia menghentikan aliran keluar dana jika dilaporkan awal. Tahun lepas, NSRC telah membantu mangsa penipuan mendapatkan semula kira-kira RM1.4 juta.

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!