KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk menyambung semula perjalanan antara kedua-dua negara.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia dan Singapura sebulat suara bersetuju bahawa situasi Covid-19 di kedua-dua negara adalah stabil.
Beliau berkata perkembangan seperti itu menjadi pemangkin kepada negara-negara mencapai keputusan untuk membuka semula sempadan melalui kaedah selamat.
“Menteri (Kesihatan Singapura) Ong Ye Kung dan saya mengadakan perbincangan yang baik mengenai situasi pandemik di negara kita.
“Kami bersetuju keadaan telah stabil dan kami boleh berusaha segera ke arah penyambungan semula sepenuhnya perjalanan udara dan darat untuk orang yang telah divaksin sepenuhnya,” katanya menerusi Twitter hari ini.
Awal hari ini, perwakilan Malaysia termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengalu-alukan Ong bersama Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Singapura Chan Yeng Kit ke kementerian itu di Putrajaya di sini.
Ong dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara ini dan turut dijadual melawat Institut Kesihatan Negara di Setia Alam esok.
Sumber: www.nst.com.my