Sekiranya anda menggunakan atau baru menaik taraf pc anda ke Windows 10, anda akan dapati terdapat perbezzan besar dengan windows 7 sebelum ini. Ini adalah peningkatan besar dari windows yang sebelumnya dan mempunyai beberapa ciri hebat.
Namun, seperti sistem operasi lain, Windows 10 juga tidak sempurna dan kadangkala anda akan menghadapi masalah. Tapi kebiasaanya, setiap masalah itu mesti ada jalan penyelesaiannya. Berikut adalah 10 masalah Windows 10 yang paling biasa dan cara mengatasinya.
1. Tidak cukup ruang untuk install Windows Update
Sekiranya anda mahukan cara cepat untuk mengurangkan puluhan gigabait ruang hardisk, kami mengesyorkan CleanMyPC. Ia akan uninstall aplikasi dan semua failnya, membersihkan pangkalan data Windows Registry, dan membuang fail sementara yang masih wujud walaupun kita sudah uninstall satu-satu aplikasi. Ia dapat membuang fail secara automatik, setelah mengimbas PC anda, atau anda boleh memilih untuk menyemak hasil imbasan dan memutuskan sendiri apa yang hendak didelete. Anda boleh memuat turunnya secara percuma di sini.
Cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah mengosongkan ruang secara automatik pada cakera keras atau SSD anda. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggunakan alat Built in Hardisk Cleaner.
- Klik pada menu Start
- Pilih All Programs
- Pilih Accessories, kemudian System Tools
- Klik pada Disk Cleanup
- Di bawah tajuk Files to delete, pilih jenis fail yang ingin anda delete.
- Sekiranya anda tidak pasti jenis fail mana yang harus dibuang, klik pada salah satu file dan baca keterangannya
- Apabila anda memilih jenis fail yang akan dihapus, klik OK
Anda juga dapat mengosongkan ruang hardisk dengan mengarkibkan secara manual dan delete fail besar dan lama dan uninstall aplikasi, tapi ianya akan memakan masa.
2. PC Bot perlahan
Terdapat beberapa sebab kenapa Windows 10 mungkin boot perlahan. Dua perkara pertama yang perlu diperiksa adakah Windows telah uptodate dan tidak dijangkiti oleh malware.
Untuk memeriksa malware:
Tekan kekunci Windows dan “I”
Pilih Update & Security
Pilih Windows Defender
Klik pada Open Windows Defender
Tekan Full Scan dan the Scan now
Setelah selesai mengimbas, ikuti arahan di skrin.
Untuk memeriksa kemas kini ke Windows, pergi ke Updates & Security dan pilih pilihan untuk updates or install available updates.
Cara lain adalah dengan disable program pada startup, yang melambatkan boot PC anda. Cara termudah untuk melakukannya adalah dengan menggunakan CleanMyPC. Ini membolehkan anda mengurus aplikasi autorun hanya dalam beberapa klik.
3. Fail dibuka dalam aplikasi yang salah
Sebahagian besar daripada kita double-click fail untuk membukanya, tetapi file association di Windows rosak, ia tidak akan buka aplikasi yang anda harapkan. Anda boleh memperbaikinya dengan mengklik menu Start dan memilih Settings. Klik pada tab Sistem dan cari kategori berlabel “default apps.”. Di sana, anda boleh memilih aplikasi apa yang membuka setiap jenis fail dan menentukan aplikasi untuk extensions fail yang berbeza.
4. Windows menggunakan data 4G apabila anda tidak menginginkannya
Sekiranya anda menggunakan hotspot peribadi untuk menyambung ke internet melalui 4G, perkara yang perlu anda perhatikan adalah background processes dan downloads untuk menjimatkan broaband anda.
Klik pada Start dan pilih Settings
Klik Network & Internet
Pilih Wi-Fi, kemudian Advanced Options
Tukar “Set as metered connection” ke posisi ON
5. Anda tidak dapat memainkan filem DVD
Windows 10 tidak lagi mempunyai pemain DVD terbina di dalamnya. Mungkin kerana Microsoft menganggap semua orang menonton filem dalam talian. Anda boleh membayar untuk memuat turun pemain DVD dari Microsoft, tetapi idea yang lebih baik adalah memuat turun VLC sebagai gantinya. Ia percuma dan boleh memainkan DVD anda.
6. Terlalu banyak “notifications”
Action Center dalam Windows 10 sangat bagus untuk menyimpan semua notifications anda di satu tempat. Namun, ianya cepat dipenuhi dengan mesej yang tidak anda tahu dan mahu dari aplikasi yang hampir tidak pernah anda gunakan. Nasib baik, anda boleh mematikannya.
Pergi ke menu Start dan pilih Settings
Klik System, kemudian pilih Notifications & Actions
Gunakan toggle switches untuk mengawal bagaimana dan bila notifications boleh muncul. Serta mengawal system level notifications, anda dapat menetapkannya per-app basis.
Sekiranya anda tidak lagi memerlukan program dengan pemberitahuan yang menjengkelkan, anda boleh uninstall nya. CleanMyPC’s Multi Uninstaller adalah alat yang tepat untuk membuang aplikasi tersebut sepenuhnya dan selamanya.
7. Privacy settings tidak sesuai untuk anda
default privacy settings di Windows 10 mungkin baik untuk kebanyakan orang, tetapi bagi sesetengah orang, mereka mungkin tidak suka terlalu banyak akses ke data peribadi. Inilah cara menukarnya.
Pergi ke Settings dari Start menu
Pilih Privacy
Semak setiap bahagian di sebelah kiri (General, lokasi, kamera, mikrofon, dll)
Semak tetapan di setiap bahagian dan gunakan sakelar togol untuk menyesuaikannya agar sesuai dengan pilihan anda
8. System Restore telah hilang
System restore belum hilang pada Windows 10, tetapi ianya di off secara default. Untuk menghidupkannya, lakukan perkara berikut:
- Klik pada Start menu dan ketik ‘system restore’ ke dalam kotak carian
- Pilih Create a restore point
- Apabila anda melihat panel System Properties, klik pada System Protection tab
- Pastikan C: drive anda dipilih dan tekan Configure
- Klik butang di sebelah Turn on system protection
- Gunakan slider untuk menentukan berapa banyak hardisk anda untuk digunakan untuk restore points – 5-10% adalah yang kami rasa sesuai.
9. Terlalu banyak pop timbul di Edge
Iklan timbul boleh menjadi sangat mengecewakan. Nasib baik, Edge mempunyai pop-up blocker built-in, walaupun secara default dimatikan. Untuk menghidupkannya, buka Edge, klik pada More button (tiga titik) dan pilih Settings, kemudian View advanced settings. Tetapkan Block pop-ups kepada “On”.
10. Masalah pencetak
Pencetak adalah masalah yang sering dihadapi, tetapi ia sering dapat diselesaikan dengan mudah.
- Pergi ke Control Panel, kemudian pilih Devices and Printers.
- Klik kanan pada pencetak anda dan pilih untuk delete.
- Sekarang, pergi ke laman web pencetak anda dan muat turun driver terkini untuk pencetak anda dan ikuti arahan untuk memasangnya.
Masalah Windows 10 tidak semestinya menyebabkan masalah besar kepada anda. Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah ini di sini, anda dapat menyelesaikan dengan cepat dan mudah. Dan, jangan lupa memuat turun CleanMyPC dan biarkan ia membantu anda membersihkan ruang, mempercepat PC anda dan menyelesaikan masalah Windows 10 yang menjengkelkan yang lain.