Facebook Discovery Engine. Mark Zuckerberg dan eksekutif Meta yang lain telah menjelaskan untuk bersaing dengan TikTok adalah keutamaan mereka. Kini, terdapat butiran tambahan tentang cara mereka merancang untuk menambah baik sepenuhnya aplikasi Facebook untuk mencapai matlamat ini.
Rangkaian sosial tersebut sedang mengusahakan reka bentuk semula feed utama Facebook yang akan sangat menekankan kepada kandungan yang disyorkan, creator dan followers,
Matlamatnya adalah untuk menjadikan Facebook sebagai “Discovery Engine“, yang akan sangat bergantung pada pengesyoran, serupa dengan feed “For You” pada TikTok.
Meta menjelaskan bahawa betapa pentingnya keutamaan baharu itu untuk syarikat itu, yang sedang berusaha keras untuk mengejar TikTok. Walau bagaimanapun, peralihan kepada lebih banyak cadangan juga boleh menjadi masalah bagi syarikat.