KUALA LUMPUR, 28 Mac — Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 pada skala Richter melanda Beluran, Sabah pada 8.39 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi sedalam tujuh kilometer (km) itu berlaku 47km timur Pitas, Sabah.
Gegaran boleh dirasai di Beluran dan kawasan sekitarnya, tambahnya. — Bernama