Microsoft Menguji Watermark Untuk Memberitahu Pengguna Windows 11 Jika Mereka Menggunakan Perkakasan Yang Tidak Di Support

microsoft watermark

Apabila Microsoft mengumumkan Windows 11, mereka turut mendedahkan beberapa keperluan perkakasan yang diperlukan pengguna untuk upgrade kepada operating system baharu. Ini tidak bermakna jika anda tidak mempunyai perkakasan yang betul anda tidak akan dapat upgrade OS, tetapi Microsoft tidak akan dapat menjamin kepuasan penggunaan kepada anda.

Kami membayangkan bahawa kebanyakan pengguna mungkin akan menyemak untuk melihat sama ada mereka boleh upgrade kepada Windows 11, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menaik taraf secara membuta tuli tanpa menyemak? Menurut pengguna Albacore di Twitter, mereka telah mendapati bahawa Microsoft kini sedang menguji ciri baharu untuk Windows 11 yang akan meletakkan watermark pada skrin anda yang memberitahu anda mungkin menggunakan perkakasan yang tidak disokong.

Watermark ini akan muncul di penjuru kanan sebelah bawah skrin anda dan ianya akan memberitahu anda keperluan sistem komputer anda tidak dipenuhi. Memandangkan ini adalah ujian, sukar untuk mengatakan jika ini adalah sesuatu yang akan dilaksanakan oleh Microsoft secara meluas atau jika mereka mungkin memutuskan untuk tidak meneruskannya.

Salah satu sebab mengapa ini menjadi masalah besar adalah kerana salah satu keperluan untuk Windows 11 ialah keperluan untuk pemproses Coffee Lake generasi ke-8 Intel atau CPU AMD Zen 2 atau lebih baik. Ini secara berkesan menyebabkan berjuta-juta pengguna tidak dapat mengemas kini secara teknikal.

Lihat Juga :   Malaysia Memberi Kelulusan Bersyarat Untuk Ubat COVID-19 Paxlovid Pfizer

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!