Susulan pendedahan yang berlaku pada Oktober tahun lalu, Microsoft baru-baru ini mengumumkan bahawa Surface Pro 8 kini boleh didapati untuk pre-order melalui peruncit sah di Malaysia. Pengguna boleh memilih untuk memilih Microsoft Surface Pro 8 ini yang datang dengan Windows 11 dalam lima varian berbeza.
Berikut ialah spesifikasi umum dan harga mereka:
RM4,950: Intel Core i5-1135G7 / 8GB RAM / 128GB SSD
RM5,250: Intel Core i5-1135G7 / 8GB RAM / 256GB SSD
RM6,490: Intel Core i5-1135G7 / 16GB RAM / 256GB SSD
RM7,350: Intel Core i7-1185G7 / 16GB RAM / 256GB SSD
RM8,750: Intel Core i7-1185G7 / 16GB RAM / 512GB SSD
Sila ambil perhatian bahawa semua Surface Pro 8 dengan storan 256GB dan ke atas adalah model yang diperakui Intel Evo. Dari segi warna, varian Evo ini boleh didapati warna Hitam manakala model bukan Evo hanya tersedia dalam Platinum. Daripada lima varian, model Core i5 dengan 16GB RAM dan 256GB SSD adalah eksklusif untuk Harvey Norman.
Microsoft telah berkata bahawa semua pelanggan prapesanan juga akan menerima Surface Pro Signature Type Cover bersama pembelian mereka. Terdapat juga hadiah percuma tambahan dan ianya mungkin berbeza dari satu peruncit dengan yang lain.