Jun 22, 2021
Mohon Kerja Dalam Kerajaan

Macam Mana Cara Mohon Kerja Dalam Kerajaan / Perkhidmatan Awam

Untuk anda yang ingin mencari peluang perkerjaan di sektor awam/kerajaan, apa yang ada perlu lakukan adalah dengan mengisi borang SPA9. Kalau dulu sistem ini dikenali sebagai SPA8 atau SPA8i. 

Walaubagaimanapun, adalah perlu dingatkan bahawa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) menawarkan kekosongan yang sangat terhad, bergantung kepada keperluan kerajaan. 

Cara Pendaftaran di SPA9

Mohon Kerja Dalam Kerajaan

Ikuti sahaja langkah yang akan dijelaskan di bawah. Untuk panduan penuh, anda boleh klik pada link ini untuk download Manual Pengguna SPA9.

  1. Anda perlu membuka laman web rasmi SPA9. Klik pada pautan spa9.spa.gov.my.
  2. Setelah anda membuka laman web tersebut anda perlu mencari Pendaftaran Pengguna.
  3. Klik pada Pendaftaran Pengguna untuk ke langkah berikutnya.
  4. Kemudian, anda akan diberi borang permohonan online dan apa yang anda perlu lakukan andalah anda perlu mengisi borang tersebut dengan maklumat peribadi anda yang sah dan betul.
  5. Perlu diberi perhatian sekiranya anda mengisi maklumat yang tidak betul atau anda berbohong tentang sebarang maklumat anda, sekiranya ditangkap anda akan dikenakan hukuman.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi anda pada ruangan yang disediakan iaitu ruangan maklumat pemohon, soalan keselamatan, kata laluan dan persetujuan anda.
  7. Setelah anda selesai mengisi, tandakan pada kotak Setuju.
  8. Klik Daftar.

Setelah anda selesai mendaftar sekarang kita perlu pergi ke bahagian seterusnya iaitu cara login SPA9.

Panduan login SPA9

Berikut pula ialah cara untuk log masuk SPA9.

  1. Klik pada pautan spa9.spa.gov.my.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  3. Masukkan Kata Laluan anda.
  4. Klik Log Masuk.
  5. Kemaskini maklumat anda dan kini anda sudah boleh memulakan proses permohonan jawatan yang anda minat dan jawatan di perkhidmatan awam yang anda kehendaki.

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: