Cara Bayar Online Saman Polis : MyBayar

Jabatan siasatan dan penguatkuasaan lalu lintas PDRM (JSPT) telah melancarkan portal dan aplikasi telefon pintar terbaru iaitu MyBayar Saman dalam talian, yang akan membolehkan pembayaran saman secara online.
Menurut JSPT, mereka telah melancarkan jalan pantas dan mudah ini untuk menyesuaikan dengan trend orang sekarang yang beralih ke transaksi dalam talian dan telefon. Jabatan itu mengatakan bahawa secara purata, ia mengeluarkan 5.37 juta saman setahun (2016-2020) dan analisis menunjukkan peningkatan trend pembayaran saman dalam talian – tahun lalu, 46.7% menggunakan e-pembayaran berbanding hanya 18.5% pada tahun 2019. normal baru yang dibawa oleh Covid-19 pasti mempengaruhi trend.
Untuk menggunakan MyBayar Saman, anda perlu pergi ke portal dalam talian (mybayar.rmp.gov.my) atau memuat turun aplikasi ke telefon anda. Isi maklumat anda dan juga OTP yang akan dihantar ke telefon anda. Kemudian, log masuk, semak, dan pilih saman yang anda mahu bayar. Pilih mod pembayaran anda (FPX atau kad kredit / debit), tekan butang bayar dan anda sudah selesai. Aplikasi ini juga mempunyai sejarah transaksi.
Kedengarannya cukup mudah, dan jika anda ingin mencubanya, PDRM memberikan tawaran perkenalan dengan potongan 50% untuk saman yang dibayar melalui MyBayar Saman. Tawaran bermula dari hari ini hingga 11 April, dan terma dan syarat terpakai
Cara bayar saman online di MyBayar
Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran saman secara online. Namun, anda perlu mengikut langkah-langkah untuk buat pendaftaran dan login.
Kami akan kongsikan satu persatu.
#1 Cara daftar MyBayar untuk bayar saman
- Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
- Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
- Tekan butang DAFTAR
- Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
- Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Alamat Penuh
- Poskod
- Negeri
- Nombor Telefon Bimbit
- Tekan butang SETERUSNYA
- Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
- Masukkan Kata Laluan yang dipilih
- Sahkan Kata Laluan
- Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya
#2 Login MyBayar di mybayar.rmp.gov.my
- Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
- Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang LOG MASUK
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman
#3 Cara check saman dan bayar di MyBayar Saman
- Pastikan anda sudah berjaya login mengikut panduan yang kami kongsikan seperti di atas
- Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
- Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
- Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
- Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
- Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit
- Teruskan sehingga selesai
- Selepas siap semuanya, anda boleh download resit
- Anda juga akan menerima resit pembayaran melalui email
Hasil semakan kami pada hari pertama pelancaran, ada sedikit gangguan pada sistem ketika kami ingin mencuba mendaftarkan akaun pada waktu siang.
Dan, kami mencuba skali lagi pada sebelah malam dan didapati sistem dapat digunakan dengan lancar dan senang. Dan sistem juga amat mudah digunakan.
Selamat mencuba