Netflix Menguji Cara Lebih Murah Untuk Pengguna Berkongsi Kata Laluan Dengan Bukan Ahli Isi Rumah

netflix share password

Netflix tahu bahawa ramai orang membeli pelannya yang lebih mahal yang membolehkan pengguna pengguna berkongsi password sesama ahli keluarga lain yang tinggal ditempat berlainan atau rakan-rakan rapat. Langkah ini digunakan oleh ramai pelanggan netflix kerana ianya akan menjadi lebih murah berbanding jika pengguna mendaftar secara individu.

Pada tahun 2016, syarikat itu menyatakan bahawa mereka nampaknya tidak kisah tentang perkara ini, tetapi tahun lepas, nampaknya mereka telah berubah hati kerana dilaporkan bahawa mereka mula bertindak keras terhadap perkongsian kata laluan. Kini nampaknya Netflix mungkin tidak lagi berkompromi dengan pengguna yang berkongsi kata laluan dengan orang lain.

Syarikat itu telah mengumumkan bahawa mereka sedang menguji beberapa ciri baharu, salah satunya akan membolehkan pengguna menambah sub akaun untuk orang yang tinggal di luar rumah mereka. Walau bagaimanapun, ianya mungkin tidak akan percuma, tetapi berita baiknya ialah pengguna di bawah subakaun tersebut akan membayar harga yang lebih rendah berbanding jika mereka melanggan sendiri.

Ini bermakna bahawa pemegang akaun utama masih perlu membayar harga penuh untuk pelan Standard atau Premium mereka, begitu juga dengan mereka yang berada di bawah subakaun. Menurut Netflix, harga yang perlu dibayar oleh pemegang sub akaun ialah 2,380 CLP di Chile, 2.99 USD di Costa Rica dan 7.9 PEN di Peru kerana negara tersebut adalah di antara negara yang telah dilaksanakan polisi ini, jadi tidak jelas berapa kosnya di bahagian lain dunia.

Memandangkan perkara ini masih diperingkat ujian, ia belum lagi tersedia secara meluas, tetapi diharapkan kita akan mendapat butiran lanjut tentang harga dan ketersediaan untuk negara lain tidak lama lagi.

Lihat Juga :   Netflix Akan Menambah Ciri Live Streaming

Sumber : ubergizmo

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!