Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023

Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023

PUSPAKOM | Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Percuma Sempena Aidilfitri

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, (PUSPAKOM) menganjurkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian.

Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023

Menjelang Aidilfitri, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan secara sukarela atau VVI kepada kenderaan persendirian tanpa sebarang caj bermula 10 April hingga 20 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, kempen itu bertujuan membantu pemilik mengetahui keadaan kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan berkomputer dan salah satu langkah memastikan keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri.

Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023

Menurut Mohammed Shukor, maklumat itu boleh digunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya.

Kempen pemeriksaan kenderaan percuma ini menjadi sebagai satu tanggungjawab korporat syarikat dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan kenderaan terutamanya ketika musim perayaan.

Tarikh Tawaran & Pemeriksaan

Pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus (walk-in) ke mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara kecuali Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang.

Pemeriksaan percuma ini boleh dibuat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapati dengan melayari laman web www.puspakom.com.my atau Facebook (FB) rasmi Puspakom Sdn Bhd.

 

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!