Jika diperhatikan, peranti contohnya smarphone kita semakin kecil dan nipis hari ini berbanding 10 tahun lepas, dan kepelbagaian dan features nya semakin banyak. Semakin banyak features diperlukan, semakin tinggi kuasa yang diperlukan. Oleh itu perlu ada cara baharu untuk memastikan peranti itu sentiasa berkuasa.
Terima kasih kepada para penyelidik di Chemnitz University of Technology, mereka mungkin telah memikirkan cara untuk melakukannya dengan membangunkan bateri sebesar sebiji garam.
Disebabkan saiznya yang sangat kecil, penggunaannya mempunyai potensi yang jauh lebih besar di mana ia mungkin dapat menggerakkan sistem sensor biokompatibel yang diletakkan di dalam tubuh manusia. Bateri ini sebenarnya cukup kuat untuk menggerakkan peranti yang lebih besar seperti komputer.
Para penyelidik mendakwa bahawa reka bentuk bateri mereka diilhamkan oleh Swiss roll, di mana lapisan bateri boleh digulung tanpa mengambil terlalu banyak ruang, berbanding bateri yang lebih tradisional yang kita lihat dalam telefon pintar dan komputer riba di mana ia panjang dan rata, dan lebih besar kapasiti, lebih besar footprint.
Walaupun begitu, sebelum kita terlalu teruja dengan mikrobateri ini, kita mungkin kena menunggu agak lama sebelum reka bentuk dan faedahnya dapat dilihat atau dirasai.
Sumber : Ubergizmo.com