Telefon Pintar, Tablet atau Komputer riba yang terbaik untuk Kelas Online

Smartphone, Tablet or Laptop; which is best for Online Learning

Peranti Terbaik Untuk Kelas Online

 

Pandemik COVID-19 telah memberi kita banyak norma baru yang perlu kita terapkan dalam hidup kita.

Antara norma-norma baru yang mula diamalkan adalah sepertipenjarakkan sosial dan penggunaan topeng muka. Satu norma yang kita tidak sangka akan kita amalkan..

Norma-norma ini mungkin akan diteruskan selepas hilangnya virus covid19 ini atau mungkin juga akan terhenti disitu sahaja.

Namun bagi kami, ada satu norma yang perlu kita lihat semula selepas tamatnya covid-19 ini. iaitu pembelajaran secara dalam talian (online classroom). Walaupun pembelajaran dalam talian ini mendapat beberapa pertelingkahan pendapat dan idea di kalangan orang ramai, atau pun dikalangan pemimpin dan cendikiawan skali pun.

Pembelajaran secara dalam talian ini dianggap satu perubahan besar kepada sistem pendidikan negara dan dunia.

Tertapi terdapat beberapa kakangan kepada ibu bapa dan anak murid dan juga termasuk guru-guru untuk bahawa tidak semua pelajar dapat membeli komputer riba yang bersesuaian.

Oleh itu, kami membuat sedikit perbandingan terhadap peranti minimum untuk pelbagai tahap pembelajaran dan juga menunjukkan kemungkinan kekurangan yang mungkin ada pada setiap peranti untuk tujuan tersebut. Perbandingan ini adalah untuk menjadi sedikit panduan untuk pelajar dan ibu bapa serta memberi ibu bapa masa yang mencukupi untuk merancang pembelian peranti yang paling sesuai.

Perbandingan di atas dibuat dengan mengambil kira spesifikasi peranti yang rendah hingga pertengahan. Perbandingan ini tidak merujuk kepada peranti kelas atasan seperti iPhone, iPad, Telefon Samsung Galaxy terbaru, Tab atau setaraf.

Lihat Juga :   Harga untuk Huawei MateBook 16s & MateBook D16 di Malaysia akan bermula pada RM3,699

Perbandingan ini hanya melibatkan spesifikasi yang minimum seperti Memori : 1-2Gb pada telefon dan 2-4Gb pada Laptop, akan menjadi penanda aras untuk perbandingan ini.

Perbandingan ini juga dibuat keberkesanan peranti terhadap beberapa aplikasi yang sering digunakan oleh cikgu/ pensyarah bagi menjalan kelas secara online.

perbandingan antara phone, tablet dan notebook untuk online class

 

Cabaran Teknikal

Jika anda memilih untuk menggunakan phone atau tablet bagi tujuan kelas online, berikut adalah beberapa cabaran teknikal yang mungkin anda akan hadapi:

  • Kualiti audio yang tidak baik dan kuat dari telefon dan tablet (jika digunakan tanpa alat dengar)
  • Tablet mungkin menjadi perlahan selepas penggunaan yang berpanjangan.
  • Kelajuan internet lebih rendah pada telefon dan tablet berbanding komputer riba
  • Kesukaran menggunakan skrin sentuh (touch screen) berbanding menggunakan tetikus
  • Hayat Bateri & Overheating pada phone dan tablet.
  • Ketidakupayaan untuk menangani beberapa profil pengguna – sekiranya terdapat peranti yang dikongsi, pelajar sering kali perlu log masuk dan log keluar dari kelas dan cache peranti dari kandungan pengguna sebelumnya menyebabkan masalah pengesahan dan kebenaran

Sebagai penutup, perbandingan yang kami buat ini hanya berdasarkan kepada pengalaman kami sendiri dalam penggunaan nya.  Tahap kesukaran dan tahap masalah itu adalah bergantung juga kepada kepakaran ibu bapa dan pelajar dalam mengurus penggunaan peralatan tersebut.

Walaubagaimanapun, bagi kami, penggunaan notebook adalah terbaik. Tetapi dengan kadar harga yang mungkin sedikit tinggi. Ibu bapa boleh melihat kepada tablet dan akhirnya adalah phone.

Jika anda memilih phone (mungkin sebab boleh digunakan untuk banyak perkara). Jadi bagi tujuan kelas online , bagi mengatasi masalah screen kecil.. kami mencadangkan anda menggunakan “phone screen amplifier“. Ianya boleh di dapat di shopee/lazada dengan harga di bawah RM50 sahaja.

Lihat Juga :   5 Alat Penyelenggaraan Menjadikan PC Anda Lebih Baik

Contoh Phone Screen Amplifier

phone screen amplifier untuk kelas online

 

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!