728*90

Pos Malaysia Tetapkan “Cut Off Date” Penghantaran Barang Sebelum Raya

banner

Dengan PKPB diteruskan sehingga 9 Jun 2020, dan dalam masa dua minggu lagi dijangka sambutan Aidilfitri, Pos Malaysia telah menetapkan satu “cut off date” untuk pelanggan mengirim barang.

Sebelum ini telah dipaparkan bagaimana Pos Malaysia telah menerima timbunan surat dan bungkusan yang berkali ganda sehari sehingga 700,000 bungkusan. Malah ada video memaparkan timbunan bungkusan itu. Posmen juga kongsikan motor mereka penuh dan sarat dengan barangan.

Bulan puasa pun mereka kerja macam biasa. Jadi para pelanggan perlu bersabar dan ikutlah tarikh “cut off” yang telah diberikan Pos Malaysia untuk pastikan barangan / bungkusan sampai semasa Hari Raya Aidilfitri ini.

Empat syarikat kurier iaitu Ninja Van, J&T Express, Pos Laju, dan DHL Express telah menetapkan tarikh antara 15 Mei hingga 18 Mei sebagai tarikh “cut off” mereka.

Ini bermakna semua transaksi yang dibuat selepas tarikh “cut off” itu akan menerima barang selepas sambutan Hari Raya iaitu 24 dan 25 Mei 2020.

Bagi Pos Malaysia di Kedah, Kelantan dan Terengganu, mereka akan bercuti pada 22 hingga 25 Mei 2020. Bagi negeri-negeri lain pula pada 23 hingga 26 Mei 2020.

Sementara itu, untuk penghantaran barangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, dinasihatkan untuk membuat transaksi penghantaran sebelum atau pada 16 Mei 2020.

Bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia pula, “cut off date” adalah pada 18 Mei 2020.

Hits: 275

Lihat Juga :   Macam Mana Daftar MySejahtera dan dapat eWallet RM50

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply