Pre-Order Samsung Galaxy S22 Memecah Rekod

pre-samsung galaxy s22

Setiap tahun, Samsung mengeluarkan telefon perdana baharu, dan tahun ini ialah siri Samsung Galaxy S22. Walau bagaimanapun, tetapi nampaknya model perdana tahun ini menunjukkan prestasi yang sangat baik berdasarkan kepada angka pre-orders, nampaknya Samsung berjaya menarik lebih 1 juta pre-order dalam 8 hari pertama.

Mereka juga berjaya menjual lebih 300,000 unit pada hari pertama telefon itu mula dijual. Perlu diingat bahawa angka ini hanya untuk pasaran Korea, bermakna digabungkan dengan seluruh dunia, Samsung mungkin menjual berjuta-juta siri Galaxy S22, memecahkan rekod yang dipegang oleh Galaxy S8 sejak bebrapa tahun sebelum ini.

Sukar untuk mengatakan mengapa Galaxy S22 nampaknya lebih popular daripada siri sebelumnya, tetapi ada kemungkinan bahawa Galaxy S22 Ultra mungkin dilihat sebagai pengganti kepada siri Samsung Note dengan slot S Pen yang bergabung menjadi satu.

Ini seterusnya mungkin telah menarik ramai peminat Galaxy Note untuk mendapatkan Samsung Galaxy 22 kerana tiada note baru yang dikeluarkan samsung pada tahun 2021, dan mungkin jua Samsung nampaknya sudah tidak akan mengeluarkan siri Note (buat masa ini).

Anda boleh buat tempahan / pre-order samsung S22 di shopee Samsung Malaysia Official

sumber : ubergizmo.com

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!