Produk kesihatan di Shopee Antara Paling Banyak di Beli Penduduk Malaysia

Shopee seller’s commission

Kuala Lumpur: Segmen e-dagang kekal menjadi pilihan pengguna untuk membeli-belah dengan rata-rata rakyat Malaysia lebih mengutamakan pembelian produk kesihatan dan kesejahteraan diri tahun ini.

Ia berdasarkan Laporan Trend Pengguna, Past the Starting Line: Adapting to Malaysia’s Digital Consumers in 2023 oleh Shopee Malaysia.

Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai arah trend dan konteks pembeli untuk mencipta kesan positif melalui ekosistem inklusif Shopee.

“Ini membantu kami menyalurkan usaha dan menangani keperluan pengguna secara optimum,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Shopee menduduki tempat pertama dalam Kedudukan Jenama Terbaik YouGov di Malaysia dan memenangi emas untuk Jenama Malaysia Terkuat Kantar dalam kategori General Retailers and Lifestyle App.

“Kami tidak sabar bersama meraikan dan memberi kembali kepada komuniti tempatan kami dengan harapan lebih besar supaya rakyat Malaysia dapat menikmati pengalaman beli-belah yang menggembirakan,” katanya.

Menurutnya, laporan sama mendapati 35 peratus rakyat Malaysia mahu mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri tahun ini.

Katanya, apabila memikirkan mengenai mencari dan membeli barangan, 39 peratus responden pembeli merancang membeli lebih rumah dan produk kediaman pada 2023.

Selain itu, 38 peratus responden menunjukkan minat terhadap keperluan keluarga seperti barangan rumah, 13 peratus responden untuk memperoleh pengetahuan melalui buku dan permainan dan 10 peratus responden mahu melengkapkan diri dengan senaman dan peralatan perjalanan.

“Lebih 29 peratus responden memilih menyokong perniagaan dan produk tempatan melalui Shop Malaysia, 28 peratus responden pula lazimnya mencari barangan tulen di Shopee Mall, dan selebihnya mengikuti trend dan produk terkini yang dijual di Shopee Live dan menderma kepada mereka yang kurang mendapat perkhidmatan melalui ShopeeGivesBack,” katanya.

Lihat Juga :   Shopee meningkatkan yuran komisen penjual sehingga 100% bermula 10 Januari 2023

Sumber : hmetro

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!