Realme Telah Melancarkan Teknologi MagDart pada 3 Ogos 2021

realme magdart

Realme baru saja memperkenalkan teknologi terbarunya, iaitu MagDart, kepada umum. MagDart adalah teknologi pengecasan tanpa wayar berasaskan magnet.

Realme telah memperkenalkan MagDart dalam acara bertajuk Realme Magnetic Innovation yang telah diadakan pada 3 Ogos 2021.

Realme mendakwa MagDart akan menjadi teknologi pengecasan tanpa wayar magnetik yang terpantas dipasaran.

Selain kepantasan, Realme mengatakan teknologi MagDart ini akan memberikan pengecasan yang lebih dipercayai dan selesa. Syarikat itu juga mengatakan bahawa teknologi ini akan menjadi trend yang akan diminati pada masa akan datang.

Bersama dengan pelancaran MagDart, Realme juga akan mempersembahkan Realme Flash. Telefon pintar ini adalah peranti Android pertama yang dikatakan menggunakan teknologi pengecasan berasaskan magnet.

Bukan hanya itu, syarikat juga akan memperkenalkan pelbagai aksesori MagDart untuk menyokong ekosistem pengecasan tanpa wayar ini. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai aksesori yang akan menyokong teknologi MagDart belum didedahkan.

Untuk makluman, kehadiran MagDart sebenarnya telah diketahui sejak pertengahan Julai 2021. Ini diketahui dari maklumat pendaftaran Realme di EUIPO aka Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah.

Buat masa sekarang, MagDart belum available di Malaysia, anda boleh semak di halaman rasmi Realme Malaysia atau Realme Store di Shopee & Lazada

Lihat Juga :   Poket Huawei P50 Rasmi Diperkenalkan: Menawarkan Bentuk Gaya Flip, Snapdragon 888, Skrin Penutup Pekeliling

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: