Julai 30, 2021
rentas negeri 2021

Kebenaran Rentas Negeri Perlu Ditangguhkan Sehingga… – Pakar

Menurut Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil kira faktor vaksinasi di samping enam indikator yang diguna pakai kementerian itu ketika ini dalam membuat penilaian risiko.

 

Justeru itu, kebenaran rentas negeri perlu ditangguhkan sehingga majoriti kumpulan rentan khususnya warga emas diberikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu.

 

Selain itu, faktor pertambahan jumlah zon hijau dan penurunan kes aktif dan kes baharu kepada dua atau satu angka juga perlu dipertimbangkan sebelum aktiviti rentas negeri khususnya untuk menyambut Aidilfitri dibenarkan.

 

“Apabila rentas negeri dibenarkan, memang orang akan balik kampung khususnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri. Ini bermakna risiko jangkitan kepada orang tua di kampung akan meningkat.

 

 
 
Tambahnya lagi, adalah wajar untuk ibu bapa  yang berusia 60 tahun ke atas divaksin terlebih dahulu menerusi Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula bulan depan.
 
 
Malah, beliau berharap agar aktiviti rentas negeri ini  dibenarkan paling awal satu atau dua minggu minggu selepas Aidilfitri.
 
 
Terdahulu, KKM menerusi Facebook memaklumkan, kebenaran rentas negeri menjelang Aidilfitri akan diputuskan berdasarkan penilaian risiko yang membabitkan enam faktor utama termasuklah situasi kes harian.
 
Sumber : BH

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: