Julai 30, 2021
rupa bentuk iphone 12 pro max

Review Apple iPhone 12 Pro Max, Berbaloikah Anda Upgrade iPhone Anda

IPhone 12 Apple merupakan satu perubahan yang besar berbanding iPhone 11. Apple juga telah mengeluarkan IPhone 12 Pro yang juga menarik ramai peminat untuk membelinya.

Tetapi Apple telah mengeluarkan satu lagi telefon iPhone yang lebih besar iaitu iPhone 12 Pro Max, dan adakah ianya berbaloi untuk kita miliki dan bolehkah Apple meyakinkan anda untuk mengeluarkan wang tambahan bagi mendapatkan iphone pro max ini?

Mari kita buat sedikit study dan bacaan terhadap Iphone terbaru ini.

PERBEZAAN PRO DAN PRO MAX?

iPhone 12 Pro and iphone 12 pro mx

Untuk kebanyakan ciri, iPhone 12 Pro Max hampir sama dengan iPhone 12 Pro. Anda boleh baca megenai ciri-ciri iphone 12 pro pada post yang ini.

Jadi untuk iPhone Pro Max ini kami akan bercakap perbezzan di antara Pro dan Pro Max.  dari segi fizikalnya, screen dan kameranya.

  • Cip A14 dapat menangani apa sahaja aplikasi / permainan yang anda install dalam phone ini. Ianya juga mempunyai  6GB RAM (naik dari 4GB) dan ini dapat memuskan hati untuk bermain game dan membuang instrumen maya dalam DAW atau mengedit video 4K.
  • Iphone Pro Max ini datang dengan ciri 5G, jadi jika tempat anda cukup bernasib baik untuk tinggal di tempat yang telah mempunyai coverage 5G.
  • Untuk menjaga keselamatan iPhone anda, Apple mendakwa yang ini mempunyai ketahanan air (water resistance) IP68 hingga 6m selama 30 minit. Kami tidak membuat testing untuk water resistance ini. Mungkin anda boleh buat ujian dengan iphone anda nanti. Heeee.
  • Ianya juga mempunyai “kaca belakang yang sangat tahan” dan kaca “Ceramic Shield” di bahagian yang mempunyai daya tahan apabila terjatuh 4 × lebih baik.

Ciri yang tidak best?
Peranti ini menggunakan Lightning dan bukannya USB-C, tidak mempunyai sokongan Apple Pencil, dan tidak mempunyai software sama seperti Samsung DeX walaupun ciri yang ada padanya adalah amat sesuai untuk membuat kerja-kerja di komputer riba/laptop.

Mungkin apple ingin menyuruh anda untuk membeli ipad atai Macbook Pro.

REKA BENTUK

rupa bentuk iphone 12 pro max

Dari sudut praktikal, rekabentuk nya adalah OK. Tepi rata dan penuh ditangan apabila kita memegangnya. Telefon terasa solit. Jadi kemungkinan untuk jatuh dari peganganggan anda adalah nipis.

Telefon ini datang dengan berat 228g (tinggi 160.8mm; lebar 78.1mm). Sedikit bermasalah jika anda mempunyai tangan yang kecik.

Selain itu, bonggol kamera yang lebih besar berbanding iPhone 11 iPhone ini bergoyang-goyang jika anda letakkan di atas meja. Tapi tidak ada masalah jika anda boleh menggunakan casing untuk mengurangkan ianya bergerak-gerak.

PAPARAN: SKRIN BESAR

 

Paparan Pro Max adalah padu. Warna pada skrin adalah cantik dan terang, sharp, memberikan kontras yang hebat dan tidak menjadi cermin. Optional True Tone akan menyesuaikan cahaya dengan pencahayaan persekitaran, jadi skrin yang anda lihat akan sentiasa nampak jelas.

Perbezaan dengan iPhone 12 Pro (dan iPhone 12) adalah paparan yang lebih besar – saiz lebih kurang sekitar setengah dari mini iPad, tetapi dengan ketajaman piksel yang jauh lebih tinggi.

Spesifikasi skrin juga lebih baik daripada yang ada pada iPhone 11 Pro Max iaitu 6.7 inci (2778 × 1284 piksel) berbanding 6.5 inci (2688 × 1242 piksel).

Ruang skrin lebih besar memberi kelebihan untuk penggunaan yang berkaitan dengan kreativiti. Seperti grafik atau penyunting video. Dan tambahan terdapat beberapa aplikasi menawarkan pandangan dua panel (two-pane view) – unik untuk iPhone ‘Max’.

KAMERA: GAMBAR SEMPURNA

iPhone 12 Pro Max. Camera to the Max.

Tahun lalu, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max mempunyai ciri sistem kamera yang sama. Itu tidak berlaku kepada  iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Kedua-duanya mempunyai kamera ultra wide, wide dan telephoto, tetapi Pro Max mempunyai zoom optik 2.5 × dan sistem OIS (Penstabilan Imej Optik) baru, yang menstabilkan sensor daripada lensa yang lebih berat. Sensor kamera utama 47% lebih besar, yang dinyatakan oleh Apple menawarkan prestasi cahaya rendah 87% lebih baik (better low light performance).

Apakah maksud ini? Ia bergantung pada apa yang anda rakam, dalam keadaan terang, anda tidak akan melihat perbezaan besar berbanding iPhone 11 pro dan iphone 11 pro Max, mungkin ada sedikit perbezaan warna yang nampak sedikit cantik, perincian yang lebih baik dan pengurangan noise. Tapi perbezaan ketara apabila anda mengambil gambar di dalam keadaan cahaya yang sedikit malap.  atau cahaya yang lebih rendah. Kombinasi LiDAR, OIS, sensor yang lebih besar dan perisian mewah Apple menghasilkan rakaman yang  mengagumkan pada keadaan kurang cahaya.

night mode iphone 12 pro max

Night mode portraits pada kamera Wide memberikan warna yang jelas serta bokeh yang indah yang menonjolkan bangunan dan lampu jalan yang terang – latar belakang.

 

Pembelajaran mesin pada iPhone 12 Pro lebih baik untuk memisahkan subjek dari latar belakang. Dan kawalan kreatif membolehkan anda menyesuaikan kabur latar belakang dan cahaya pada wajah.

Machine learning pada iPhone 12 Pro lebih baik untuk memisahkan subjek dari latar belakang. dengan kawalan kreatif membolehkan anda mengubahsuai dengan mengaburkan latar belakang dan cahaya pada wajah.

SEMAKAN RANDOM

  • Bagi penggunaan aplikasi / permainan memang sangat baik berbading Android
  • Hayat bateri hampir sama dengan iPhone 11 Pro Max – dengan penggunaan yang standard, tetapi cepat kurang jika anda sering menggunakan 4G / 5G atau bermain game dengan banyak.
  • Pembesar suara mempunyai banyak oomph dan sesuai untuk muzik / televisyen / permainan kasual
  • Tiada fon kepala/earphone di dalam kotak (kena beli berasingan).
  • kabel yang digunakan adalah Lightning.
  • Sekiranya anda suka merakam video 4K, pastikan anda membeli iphone yang  mempunyai saiz hardisk lebih besar dari 128GB.

KESIMPULAN: IPHONE 12 PRO MAX

Tidak diragukan lagi iPhone 12 Pro Max adalah iPhone berkualiti. Ini adalah Apple terbaik yang pernah dibuat. Ianya sebuah telefon yang tahan lasak dan sesuai untuk mereka yang suka bermain game dan membuat kerja-kerja design. Mungkin iPhone ini adalah salah satu phone yang patut anda miliki – tetapi Itu akan bergantung pada tahap keselesaan anda dengan peranti sebesar ini dan keinginan anda untuk mempunyai sistem kamera yang sangat bagus dan adakah ianya berbaloi untuk harga saya agak tinggi.

 

SPESIFIKASI : 

Display : 6.7in 2778×1284 OLED HDR
Processor : A14 Bionic
RAM : 6GB (est)
Storage : 128GB/256GB/512GB
OS : iOS 14
Cameras : 12MP ƒ/1.6 wide/ƒ/2.4 ultra wide/ƒ/2.2 telephoto (2.5× optical zoom in) rear; 12MP ƒ/2.2 front
Battery : 3687mAh (est)
Dimensions : 160.8×78.1×7.4mm
Weight : 226g
Connectivity : Lightning

Harga : RM 5,299 hingga RM 6,699

 

KELEBIHAN

  • Reka bentuk baru yang sangat baik
  • Kualiti kamera yang mengagumkan
  • Paparan skrin yang besar yang hebat
  • Very powerfull phone

KEKURANGAN

  • Tiada ProMotion / 120Hz
  • Tepi adalah fingerprint magnet
  • Lightning dan bukannya USB-C
  • Besar dan berat

 

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: