London: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak memohon maaf berikutan isu menanggalkan tali pinggang keledarnya ketika kereta sedang bergerak, bagi merakam video untuk dimuat naik ke media sosial.
Jurucakap Jamie Davies berkata, Sunak membuat kesalahan melanggar undang-undang semasa merakam untuk kandungan Instagram dari belakang kereta rasmi kerajaan semasa lawatan ke barat laut England.
Katanya, perdana menteri menerima sepenuhnya bahawa insiden itu satu kesilapan dan memohon maaf.
“Perdana menteri percaya semua orang perlu mematuhi pemakaian tali pinggang keledar,” katanya.
Di United Kingdom, kegagalan memakai tali pinggang keledar boleh dihukum denda sehingga 500 pound sterling (RM2,659.03)
Selain itu itu, pengaturan perjalanan Sunak juga mendapat kritikan.
Ini kerana beliau menaiki penerbangan selama 28 minit dengan jet yang dibiayai pembayar cukai dari barat laut ke timur laut England ketika mempromosikan pembiayaan kerajaan untuk projek komuniti, Khamis lalu.