Terdapat banyak cara untuk mengambil tangkapan layar di Mac, sama ada anda ingin merebut keseluruhan skrin, sebahagian dari skrin atau tetingkap tertentu. Anda akan mempelajari kaedah ini di sini serta pelbagai pintasan papan kekunci lain yang berkaitan dengan mengambil tangkapan skrin pada Mac, menukar tempat menyimpan tangkapan skrin anda dan banyak lagi.
Screenshot Pada Sebahagian Dalam Skrin
- Tekan dan tahan tiga kekunci Shift, Command, dan 4 serentak
- Seret crosshair (+) untuk memilih kawasan skrin yang ingin anda capture. Untuk memindahkan pilihan, tekan dan tahan spacebar sambil menyeret. Untuk membatalkan screenshot, tekan kekunci Esc (Escape).
- Untuk mengambil screenshot skrin, lepaskan butang tetikus atau trackpad anda.
Sekiranya anda melihat lakaran kecil di sudut skrin anda, klik untuk mengedit tangkapan skrin. Atau tunggu tangkapan skrin disimpan ke desktop anda.
Screenshot Pada Seluruh Skrin
- Untuk mengambil screenshot pada keseluruhan skrin, tekan dan tahan tiga kekunci ini bersama-sama: Shift, Command, dan 3.
- Sekiranya anda melihat lakaran kecil di sudut skrin anda, klik untuk mengedit tangkapan skrin. Atau tunggu tangkapan skrin disimpan ke desktop anda.
Capture satu window atau menu
- Buka tetingkap atau menu yang ingin anda screenshot.
- Tekan dan tahan kekunci ini bersama-sama: Shift, Command, 4, dan Space bar. Cursor akan berubah menjadi ikon kamera. Untuk membatalkan pengambilan screenshot, tekan kekunci Esc (Escape).

Capture Touch Bar (MacBook Pro)
Shift + Command + 6: Ini eksklusif untuk anda yang memiliki model MacBook Pro dengan bar sentuh di atas papan kekunci. Command ini akan menangkap semua yang ada di bar sentuh anda.
Tempat Screenshots Di Simpan
Secara default, screenshots disimpan ke desktop anda dengan nama “Screen Shot [date] at [time] .png.”
Di macOS Mojave atau yang lebih baru, anda boleh menukar lokasi tangkapan skrin default dari menu Pilihan di Screenshot app.. Anda juga boleh menyeret gambar kecil ke folder atau dokumen.