Microsoft telah memulakan persidangan Microsoft Build developer tahunan mereka, dan sementara terdapat banyak ciri berkaitan AI baharu daripada syarikat Redmond, satu pengumuman tertentu daripada mereka menarik perhatian kami. Dalam catatan blog tentang ciri Windows 11 yang akan datang, Microsoft telah mendedahkan bahawa mereka akhirnya menambah sokongan untuk lebih banyak format archive yang termasuk RAR, 7-Zip, tar, GZ dan banyak lagi.
Menurut Panos Panay, Ketua Pegawai Produk Microsoft untuk Windows dan Peranti, mereka akhirnya telah menambah sokongan untuk sekumpulan format archive menggunakan libarchive open source liarchive ke dalam Windows 11. Ini bermakna anda kini boleh mendapat pengalaman yang lebih baik apabila menggunakan archive merentas Windows, dan tidak perlu memasang program pihak ketiga seperti WinRAR untuk membuka fail termampat yang tidak menggunakan format ZIP biasa.”
Jangan uninstall WinRAR dahulu kerana liarchive akan mengambil sedikit masa untuk dikemaskini dalam windows anda. Ciri baru ini akan diberi pratonton kepada Windows Insider yang hujung minggu ini.
Untuk lebih lanjut mengenai ciri baharu yang datang ke Windows 11, anda boleh menyemak catatan blog Windows Developer Blog sini.