Selepas bertahun-tahun, Microsoft Bing akhirnya mencapai 100 juta pengguna harian

Microsoft Bing

Enjin carian Bing Microsoft baru-baru ini dilaporkan telah melepasi pencapaian sebanyak 100 juta pengguna aktif setiap hari. Pencapaian ini sudah tentu disebabkan oleh Bing Chat dikuasakan AI yang sama seperti ChatGPT.

Dalam catatan blog rasmi, ketua pemasaran pengguna Microsoft Yusuf Mehdi mengumumkan, “Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa selepas beberapa tahun kemajuan yang mantap, dan dengan sedikit galakan daripada jutaan pengguna preview Bing baharu, kami telah melebihi 100 juta pengguna Bing aktif setiap hari.”

Walaupun sebelum ini Microsoft tidak mendedahkan bilangan pengguna aktif harian Bing, Bing Chat telah menjadi faktor utama dalam pencapaiannya.

Syarikat itu mengatakan bahawa satu pertiga daripada penguji Bing Chat adalah baharu kepada Bing, menunjukkan bahawa ciri dikuasakan AI telah menarik khalayak baharu ke platform tersebut. Malah, sejak pratonton Bing Chat bermula, Microsoft telah mencatatkan lebih 45 juta jumlah chat, dengan purata pengguna sekitar tiga chat setiap sesi.

Selain Bing Chat, Microsoft Edge juga memainkan peranan dalam memacu penggunaan Bing. Ini kerana syarikat itu mempromosikan enjin cariannya secara default melalui kemas kini Edge dan kemas kini Windows. Microsoft berharap keupayaan baharu, seperti carian Bing dan ciri binaan dalam bar sisi Edge, akan terus memacu pertumbuhan pangkalan pengguna Bing.

Untuk makluman, sudah sebulan syarikat itu melancarkan Bing Chat dan membuat beberapa kemas kini untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Salah satunya adalah dengan menjawab kebimbangan mengenai tingkah laku chatbot yang kadangkala tidak menentu.

Microsoft menambah tiga mod untuk nada personaliti yang berbeza, iaitu Creative, Balance, dan Precise. Langkah ini menunjukkan komitmen Microsoft untuk menyediakan pengalaman chatbot yang berkualiti tinggi dan selamat untuk semua pengguna.

Lihat Juga :   Maxis menawarkan 1Gbps Business Fiber dengan hanya RM189/bulan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!