Jun 20, 2021
Semakan Status Temu Janji Pemberian Vaksin COVID-19

Semakan Status Temu Janji Pemberian Vaksin COVID-19

Orang ramai yang sudah mendaftar untuk mendapatkan Vaksin COVID-19, anda kini boleh membuat semakan temu janji untuk pemberian Vaksin COVID-19 secara atas talian terutamanya kepada penerima Vaksin COVID-19 Fasa 2.

Untuk makluman, pemberian Vaksin COVID-19 yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan sehingga Februari 2022.

Pihak kerajaan mensasarkan penerimaan Vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat adalah sebanyak 80% atau 25.6 juta orang menjelang awal tahun hadapan.

 

Langkah ini adalah bagi memastikan penyebaran wabak COVID-19 dapat dikawal dan ditangani khususnya melibatkan penyebaran dalam negara.

Bagi orang ramai yang masih belum mendaftar, anda boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, laman web https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/, atau menghubungi talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan iaitu 1 800-888-828

Semakan Status Temu Janji Pemberian Vaksin COVID-19

Fasa Pemberian Vaksin

Pemberian Vaksin COVID-19 di Malaysia akan berlangsung sebanyak 3 fasa iaitu:

 
Fasa Bulan Jumlah Penerima Sasaran Penerima
Fasa 1 Februari-April 2021 500,000 orang – Petugas barisan hadapan yang merangkumi
petugas kesihatan kerajaan dan swasta
– Petugas barisan hadapan yang merangkumi
perkhidmatan penting dan pertahanan
Fasa 2 April-Ogos 2021 9.4 juta orang – Baki kakitangan penjaga kesihatan serta
perkhidmatan penting dan pertahanan.
– Warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi
mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi serta Orang Kelainan Upaya (OKU)
Fasa 3 Mei 2021-Februari 2022 13.7 juta
orang atau lebih
– Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara
& bukan warganegara).

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan, orang ramai boleh menyemak semakan temu janji pemberian COVID-19 melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.
  2. Isikan no. kad pengenalan dan no. telefon.
  3. Klik kotang kosong di sebelah ‘I’m not a robot.’
  4. Klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Butiran temu janji dipaparkan.

Pengesahan Temu Janji

Orang ramai perlu mengesahkan tarikh temu janji yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa 48 jam.

Cara pengesahan temu janji boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Orang ramai akan menerima notifikasi temu janji melalui SMS yang dihantar melalui telefon bimbit.
  2. Bace dan semak tarikh temu janji yang telah ditetapkan tersebut.
  3. Sahkan tarikh temu janji dengan membalas ‘Ya’ atau ‘Tidak’ kepada SMS terbabit.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai temu janji pemberian Vaksin COVID-19, sila hubungi talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan iaitu 1 800-888-828

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: