Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2023

TARIKH & CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP / SMKA) SESI 2023 / 2024

Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan ujian PKSK dan kemasukan Sekolah Khusus tahun 2023.

Jenis sekolah khusus yang dimaksudkan adalah :

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2023

Tarikh PKSK

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022 telah diadakan pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1 : 6 – 16 Feb 2023
  • Tingkatan 4 : 25 Januari – 3 Februari 2023

Di bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan SBP / SMKA (Sekolah Khusus)

Tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan ke sekolah khusus telah dimaklumkan melalui laman web KPM.

Tarikh semakan adalah : 17 Mac 2023

Cara Semakan Tawaran Kemasukan SBP / SMKA

TINGKATAN 1

Semakan keputusan Kemasukan Sekolah Khusus (SBP & SMKA) KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 17 Mac 2023 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my

TINGKATAN 4

Semakan keputusan Kemasukan Sekolah Khusus (SBP & SMKA) KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 17 Mac 2023 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

Lihat Juga :   Berikut ialah emoji baharu yang ada dalam iOS 15.4

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *