Setel Lite, yang seperti namanya, adalah versi apps Setel yang lebih ringan. Kini, aplikasi Setel Lite adalah rasmi dan tersedia untuk dimuat turun melalui Gedung Google Play dan akan dilancarkan ke HUAWEI AppGallery tidak lama lagi.
Dalam kenyataan akhbar, Setel mengambarkan aplikasi Setel Lite sebagai “cara baharu yang lebih ringan untuk membayar bahan api” dan menjelaskan bahawa pembangunan apl itu didorong oleh rancangan jangka panjang untuk berinovasi bagi mobiliti inklusif. Sehubungan itu, Setel Lite hadir dengan saiz muat turun yang kecil dan berfungsi pada peranti Android dengan Android 4.4 atau EMUI 3 dan ke atas.
Selain itu, Setel Lite juga boleh digunakan pada sambungan internet yang lebih perlahan seperti EDGE, 2G dan 3G. Pengguna boleh menggunakan Setel Wallet untuk membayar minyak dari kenderaan mereka, memperoleh sehingga 3x mata Mesra dengan pembayaran bahan api dan menyemak mata Mesra mereka melalui aplikasi.
Mereka boleh menambah Setel Wallet mereka sama ada dengan wang tunai melalui e-baucar yang boleh dibeli di stesen PETRONAS di seluruh negara atau melalui perbankan dalam talian. Tambahan pula, pengguna Family Wallet yang membayar minyak untuk ahli keluarga boleh menggalakkan mereka menggunakan Setel Lite jika versi ringan apps Setel lebih sesuai dengan pilihan dan keperluan mereka.

Dengan antara muka yang dipermudahkan, Setel Lite direka bentuk dengan fungsi utama seperti mengisi minyak, memperoleh dan melihat mata Mesra serta membayar dengan Family Wallet yang diselenggara tanpa memasukkan sebarang ciri canggih. Inilah yang ditawarkan oleh Setel Lite:
Saiz muat turun kecil: Ia tidak mengambil banyak ruang memori telefon. Serasi dengan mana-mana peranti Android, malah sistem pengendalian yang lebih lama seperti Android 4.4 atau EMUI 3 dan ke atas
Mesra data mudah alih: Aplikasi ini beroperasi dengan lancar walaupun dengan sambungan internet mudah alih asas atau lebih perlahan (berfungsi walaupun dengan EDGE, 2G atau 3G)
Mudah digunakan untuk semua orang, walaupun warga tua: Fon dan butang apl lebih besar supaya ibu bapa (atau datuk dan nenek) boleh menggunakannya dengan mudah
Dapatkan 3x mata Mesra: Dapatkan ganjaran sehingga 3x mata Mesra untuk setiap pembelian bahan api dan semak jumlah mata anda melalui apl pada bila-bila masa
Selamat digunakan di stesen minyak: Diuji dan dipantau mengikut garis panduan Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE) PETRONAS
Setel Lite tersedia untuk digunakan di stesen PETRONAS di seluruh negara. Mengisi minyak ialah ciri pertama yang diperkenalkan dalam versi ringan apl Setel ini, dengan lebih banyak ciri akan dilancarkan secara berperingkat.
Untuk maklumat lanjut tentang Setel, sila layari https://setel.com/setel-lite. Seperti biasa, pastikan untuk terus mengikuti TechNave untuk berita teknologi yang lebih sohor kini!